Nuffnang

July 30, 2013

S a h a b a t ♥

Assalamualaikum 

Lega apabila dah selesaikan assignment dan projek.  Hasni baru selesai mengedit audio bunyinya yang nyaring, sumbeng dan sumbang. Hurmm jenuh jugak nak mengeditnya. Tidur bangun Tidur bangun akhirnya baru dapat menghasilkan bunyi yang ok la daripada sumbang.  Leganya .. Lepas ini kena siapkan report pulak. 

Tunggulah kejap lagi. Hasni nak cerita dengan kawan-kawan semua. hehe. Hasni dah dapat antara semua gambar  bff  hasni. Hah sangat teruja tau!!hehe. Bff hasni sudah melangsungkan  perkahwinannya waktu final year  hari itu. Hasni curi-curi balik padahal ada  paper statistik  (antara subjek yang paling susah nak score) semata-mata nak tengok bff hasni kahwin. Berkat semua itu,  result  hasni sem ini naik! Alhamdulillah. Berkat study banyak dan berkat kawan-kawan yang banyak membantu hasni. Terima kasih ye semua. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. 

Sorang-sorang sahabat hasni telah bertunang dan berkahwin. Mesti tahun ini akan jadi lebih bermakna bersama insan tersayang. Walau apapun keluarga tetap menjadi keutamaan. Bilakah waktu hasni akan tiba? Tak tahu lah. Tunggu dan lihat sahaja la ye. Jangan nak menggatal hasni ye. Fokus-fokus. hehe.

 Hari lebaran makin tiba tak lama lagi. Seronok rasa sebab nak balik. Maklumlah jadi orang perantauan sekarang. Semangat berkobar-kobar nak balik itu makin terasa. Tapi tetap rasa kesedihan didalam hati. Sedih kerana bulan puasa yang mulia ini kawan hasni yang satu skuad suksis telah pergi ke rahmatullah. Tidak lupa juga kepada sahabat hasni yang telah kehilangan ibu dan ayah nya serta salah seorang dari keluarganya. Hari raya yang akan datang ini tidak bermakna buat mereka dan keluarganya. Jika situasi itu berada di tempat hasni, hasni akan turut bersedih dan berduka. Walau apapun kuatkan semangat. Allah lebih sayangkan mereka. Sedekahkan Al-fatihah buat mereka.. 

Hasni nak share  gambar bff  hasni yang baru melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini. Bila kita tengok orang lain bahagia, kita juga akan turut merasai  kebahagiaan  itu. Kita doakan semoga bff hasni akan terus berkekalan sehingga akhir hayat mereka. Tak sabar nak jadi auntie dot! 

Mok dipenuhi rasa debaran yang sangat kuat. Ayen tengah melafazkan akad nikah. 2X lafaz. Alhamdulillah. :)

Tersenyum muka mok. Alhamdulillah bergelar seorang isteri   

Syukur Alhamdulillah. Ayen bergelar seorang suami  

Tok imam beserta keluarga kedua belah pihak sedang membacakan doa diketuai oleh tok imam

Cium tangan suami. cuweet nya.  

Cium dahi isteri. ni lagi cuweet  


Ida yang comel. Saya sayang awak  

Selamat menjadi suami isteri  

Teman baik  dan Teman futsal ayen.  

Walaupun bergelar suami isteri, perangai gila-gila tetap tak boleh buang.  Inilah kami  

Sahabat baik. Sahabat dunia akhirat. Insyaallah  

Walaupun tangan hasni tak de inai macam dorang, hasni tetap nak show off jugak  

Apakah yang sedang mereka lakukan? jelesnya. hahahha

Amboii kawan aku ini lending nampak. Tengah fikir apakah itu? hahah 

Penat ye cik kak dan en abang kita ini. hehe

Ayen tengah buat lawak. Tergelak besar kitaorang.

Keluarga mok dan bff nya

Candit picher ye semua. Macam-macam mimik muka ada. hahah

Stop! Tapi musykil. Stop untuk apa ye? Layankan aja. hehe

Silent semua.  Taktik je ni. hehe

Gwiyomi ala-ala kami.  

Gembira sakan kami. lalalala  

Inilah kami. Suka duka bersama. iluvu'll  

Oops ayen dah hilang. hahahha

Muka mok sedih tanpa ayen. Sabar ye mok. Pinjam ko kejap tanpa ayen.  

Didalam masjid sebelum diijab kabulkan.  


Muka cuak ayen. haha

Tak tahu nak buat muka apa. Layankan aja lah ye  
Sahabat  

Berat bunga telur dan bunga mangga ini. Tapi kami kuat untuk sahabat kami.  

Alolo manjanya mereka ini.  

Sakan korang tanpa hasni. Hasni dah balik masa ini. Mengenangkan esok hari ada paper. Kena lari balik uthm

So sweet. Masing-masing ada kekasih hati. Kecuali budak comel itu. Nasib baik hasni tak de, kalau tak hasni kena geng ngan budak comel sebab tak de pasangan.  

Makan beradab. Sangat manis wajah pasangan suami isteri ini  

Ema. Ida. Dot. Mok. Ayen. Kamilah sahabat.  

Wahh cantiknya kawan hasni ini kan ?

Candit picher. Sangat romantis  

Diatas pelamin terlihat pasangan cantik berseri-seri dan diapit oleh pengapit mereka. Tahniah mybff. Semoga kekal sehingga akhir hayat ye  


 ♥ dp.

2 comments:

  1. lafaz skali kla dot..1st tu utk test ayat n susun ayat...huuuuu :D

    ReplyDelete