Nuffnang

October 21, 2013

F o k u s k a n D i r i ♥

Assalamualaikum 

Hari ini hari ahad. Malam sudah menjelma. Mata pun dah bukak tutup bukak tutup. Padahal dah tido dah tadi. Banyak benda nak kena settlekan . Hasni berasa sangat gembira kerana mendapat teguran dari seorang kawan. Terima kasih kawan! Dia kata hasni kurang fokus dalam study dan mintak hasni lebih fokus. Ye mungkin betul juga. Hasni banyak berangan dari fokus. Itu adalah hobi hasni. Heheh. Kantoi sudah. 

Insyaallah hasni ambil teguran itu sebagai motivasi diri untuk menjadi lebih fokus selepas ini. Ya allah masih ada kawan yang ingin tegur diri ini. Terima kasih ya allah. Tahun 2 menjadi-jadi assignment dan projek yang perlu diselesaikan. Tekanan bertingkek-tingkek. 

Ya allah berikanlah hasni kekuatan untuk melalui hari-hari hasni disini. Hasni insan yang lemah. Hasni tiada apa-apa tanpaMu Ya allah. Hasni harap hasni menjadi hasni yang lebih baik dari hari ke hari. Hasni sangat sayangkan ibu dan ayah hasni. Setiap apa yang hasni lakukan, hasni akan ingat pada mereka. Merekalah kekuatan hasni disini. 

 Motivasi untuk Hasni 
 ♥ dp.

October 9, 2013

K i s a h K u u ♥

Assalamualaikum 

Hari yang sangat la bosan. Hasni dah lama tak update blog hasni. Sibuk tu tak lah sibuk mana, tapi masalah M tu yang memajoriti diri hasni. hahahah. Tak pe hari ini hasni sangat rajin sebab tak tahu nak wat apa. Padahal hasni punya assignment, projek berlambak kena siapkan. Tapi mood tak sampai lagi. Acane tu???hehhe 

Pelbagai ragam, pelbagai karenah dan pelbagai celoteh yang seronok, sedih mahupun biasa-biasa saja. hahhaha hasni harap kawan-kawan semua dapat meluangkan masa sekejap untuk membaca celoteh hasni ini ye. Setiap gambar ada cerita. Setiap hari ada cerita. Jom kita baca :) 

Kisah suka duka itu adalah realiti kehidupan. Hasni tahu untuk melalui sebuah kejayaan bukanlah suatu pekara yang mudah. Kadang-kadang orang paling rapat dengan kita yang selalu menjadikan kita sebagai mangsanya untuk kepentingan diri sendiri. Hasni selalu menjadi mangsa keadaan. Hasni tersenyum, tertawa adalah topeng segala-galanya. Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Teman baik itu adalah sebuah perkataan. Tapi adakah teman yang baik itu ada di saat kita susah mahupun senang. 

Walaupun hari-hari berjumpa, tidak semestinya akan akrab dan baik bukan? Tapi yang menjadikan akrab dan baik adalah hati yang ikhlas dalam persahabatan dan tidak ada unsur dengki mendengki antara satu sama lain. Tapi zaman sekarang memang payah nak jumpa sebegitu. Hanya yang ada teman baik atas pada nama sahaja. 

Seronok kah begitu?? Tepuk dada tanya lah pada hati. Hasni bercerita kisah sendiri. Tidak ada kena mengena pada yang membaca mahupun sesiapapun. Bila kita pergi menuntut ilmu jauh seribu batu, kita membawa suatu azam dan doa dari keluarga untuk kita baik-baik sahaja di tempat orang dan menjadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara.  

Sekarang hasni sudah berada di tahun kedua pengajian. Memang kalau nak cerita tentang kisah hasni di uthm memang banyak untuk di kongsi. Hasni lalui macam-macam disini. Manis, pahit, suka dan duka sudah menjadi asam garam sebagai seorang pelajar dan remaja dewasa. 

Hasni bukan dari keluarga yang senang. Keluarga hasni biasa-biasa sahaja. Hasni datang di sini dengan niat untuk memenuhi impian hasni sejak dari kecil lagi untuk mengenggam segulung ijazah. Cerita dongeng waktu kecil dulu telah hampir menjadi kenyataan. Hasni berasa amat bersyukur. 

Walaupun hasni bukanlah pelajar yang genius dan ulat buku, tapi hasni ada cara belajar hasni sendiri. Alhamdulillah telah sampai ke tahap ini. Susah senang hasni lalui tetap hasni kuat dan tabah. Bila hasni disini, hasni banyak belajar benda baru. Hasni belajar erti pengorbanan, kepayahan, kawan, berdikari dan macam-macam lagi. 

Tahun satu pengajian hasni disini, hasni berjumpa dengan ramai kawan. Hasni memang mudah rapat dengan semua orang. Tapi tidak sangka kebaikan yang diberi telah tertikam diri sendiri. Menangis dalam hati, hanya itu mampu hasni buat. Hendak mengadu tidak tahu kepada siapa. Sifat iri hati dan ketidakpuasan hati menjadi racun kepada hasni. Apalah nasib hasni ini. Tanpa hasni sedari, pekara itu menjadi kekuatan dalam diri hasni dan menjadikan hasni seorang manusia yang matang dalam memilih "SAHABAT". Jangan tertanya-tanya kenapa hasni berubah dan tanya " hasni itu memang nak kena orang tegur dulu ke atau macam mana?". Itu tepuk dada tanya pada hati. Hasni diamkan semua ini kerana hasni tak mahu merosakkan keadaan yang dah sedia tak ok. Biarlah pekara itu terjadi, tetapi yang pasti tidak akan jumpa hasni yang peramah seperti sebelum ini. 

Hasni cekal dalam meniti hari disini. Hasni menjauhkan diri dan pergi bersama orang yang lebih ikhlas berkawan dengan hasni. Bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Buat apa berkawan, tapi makan hati hari-hari dan mengutuk sesama sendiri. Itukah yang dinamakan persahabatan. Hasni tidak sanggup begitu. Biar hasni membawa dri, mencari identiti hasni dan bersama dengan orang yang boleh susah senang dengan hasni. Kita berkawan biarlah ikhlas. Ikhlas itu mahal harganya. Ikhlas itu tidak boleh dilakonkan kerana ikhlas itu nampak pada mata dan riak wajah kita. Jadi ikhlaskanlah diri kita. 

Bila berjauhan, hasni ingatkan tidak akan ada apa-apa yang berlaku selepas ini. Tapi ia adalah sebaliknya. Hasni dan hasni. Terdengar suara-suara halus sedang tertawakan hasni dan mengata bukan-bukan. Bukan hasni tidak tahu. Tapi hasni menjadi pendengar. Tapi ada insan yang berhati mulia yang bertanyakan kenapa hasni begitu, kenapa hasni begini. Bila dah tahu kisah dari mulut hasni, barulah oooooo yeke.. Itulah jawapan pertama keluar dari mulut dia. Bila bercerita itu dan ini, rupa-rupanya dia pun pernah mengalami pekara yang sama. Hasni tidak kaget. Malah hasni terfikir kami adalah mangsanya. Tidak mengapalah. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya. Hasni kuat. Hasni punya ramai kawan. Hasni tidak jatuh dengan apa yang telah dilakukannya. Insyaallah hasni akan cuba sehabis baik untuk menghabiskan pengajian hasni disini. Doakan hasni terus tabah bersama orang-orang yang sebegitu. Semoga hasni sentiasa dilindungi olehNya. 

Teman hasni di rumah, di kelas dan di mana sahaja kami berada. Welcome dear to Bim Class. Finally your dream become true. 

Dia kelakar dan kesukaan kami sama. 
Bulan lahir yang sama
Tahun sama
Tua pun sama. 
Shaq diberi gelaran 
Kecil-kecil cili api
Kini kami bersama
Shaq n Dot. 


Dia teman hasni
sering menemani hasni dimana sahaja
walaupun murah tapi berharga
mungkin ada hikmah 
semua ini
hasni menjadi pelakon
hanya ikut pada skrip
semoga kisah hasni
menjadi pemanis
di akhirnya
...

 ♥ dp.