Nuffnang

July 1, 2013

Tun Dr Ismail uthm♥

Assalamualaikum ♥ 
Hari ini sedih rasa hati ini. Sebab hasni akan meninggalkan kolej kediaman tun dr ismail. Disinilah kenangan hasni selama setahun bersama ♥ kawan-kawan ♥  yang lain. Tempatnya yang sangat selesa dan memang top la! Lagipun kolej kediaman pertama di uthm. Terasa sedih sangat bila dah angkat kaki keluar dari tdi uthm ini. Hasni baru sudah mengemas barang-barang di tempat baru hasni. Hasni sekarang menginap di ♥ taman universiti ♥ . Boleh tahan la tempat dia. Hasni duduk kat sini tak lama pun. Hanya dua bulan sahaja. Hasni sekarang amek ♥ semester pendek ♥ . Insyaallah tahun depan hasni akan habis pengajian dan hasni akan membuat praktikal selama enam bulan. 

Terlalu banyak ♥ kenangan hasni di sana. Hasni harap selepas ini hasni akan ada peluang lagi untuk menjejakkan kaki ke ♥ tdi uthm ♥ . Kemasukan disana agak ketat. Maklum lah kolej kediaman no1 di uthm. Tidak mustahil la susah kan. Tapi tidak mengapa lah. Setahun itu pun sudah ♥ cukup untuk hasni. TDI memang terbaik la.

Kemasukan bulan 9 ini memang ♥ agak ramai. Itu adalah salah satu sebab kenapa kemasukan ke tdi agak susah untuk pelajar senior. Wahh meremang bulu roma hasni bila dengar ♥ pelajar senior ♥ . Sekejap je rasa dah jadi pelajar ♥ tahun 2 ♥ 

Sepanjang setahun hasni di uthm ini banyak perubahan ♥ pada diri hasni. Terutama sekali berat badan hasni dah turun sebanyak 5kg. Alhamdulillah berkat ♥ kestresan ♥  belajar dan berfikir yang terlalu banyak menyebabkan berat badan saya ♥ menurun ♥ . hahhahah

Tak lama lagi ♥ bulan puasa ♥  bakal tiba. Lepas itu ♥ raya. Wah seronoknya nak raya. Ini adalah kali pertama berpuasa dan beraya di uthm. Sedih pulak rasa. Mak abah! nak balik.... Insyaallah hari pertama puasa hasni akan pulang ke rumah abah mak hasni untuk ♥ berbuka dan berpuasa ♥  bersama-sama. Tak sabar rasanya. 

Sejarah sempena nama tun dr ismail. Ini lah orangnya. 

Dari hadapan kolej kediama tun dr ismail. Bilik 4B 202 dan bilik 208 menjadi kenangan hasni disini

No comments:

Post a Comment