Nuffnang

March 8, 2013

Aktiviti D UTHM ♥

Assalamualaikum 
Masa berlalu begitu cepat sekali. Kadang-kadang apa yang kita lalui setiap hari, tanpa kita sedari angka umur makin meningkat dan usia pun makin bertambah. ♥ Tapi cukup kah amalan kita selama kita hidup hingga ke hari ini. ♥ Hasni mungkin tidak lah begitu baik. Perasaan takut sering menyelubungi diri ini. Macam-macam pekara yang berlaku hingga ke hari ini. Seperti mana yang kita ketahui, sekarang isu yang  hangat sedang diperkatakan tentang lahad datu.  Walaupun kita tidak berada di sana, tapi kerisauan dan  ketakutan juga kita rasai. Kita berharap isu ini akan dapat diselesaikan dengan segera dan kita berdoa supaya ia akan berakhir dengan berita baik  

Sepanjang dua  minggu ini hasni agak sibuk.  Macam-macam aktiviti universiti yang hasni ikut. Penat juga rasanya . Tapi ia menyeronokkan. Tapi hasni lebih aktif kepada  suksis . hasni nak jadi polis ker? Hahaha soalan cepu mas itu. Insyaallah jika cabang itu rezeki hasni, tidak salah kan? Hasni sukakan pekara yang mencabar. Ia buat hasni lebih aktif dan kepuasan diri sendiri. Mungkin itu adalah sifat naluri hasni. Ia tidak dapat dipisahkan. Heheh 

 IM4U BERSAMA PM DI UITM PUNCAK ALAM

DIDALAM BAS OTW BALIK UTHM 

 BERSAMA UNISZA DI UTHM 

 SUKSIS GIRL'S 

 DINNER PERSARAAN EN IMBI 

♥ Masa yang ada juga ada di isi dengan kelas dan assignment. Memang banyak tu boleh tahan la. Bila tengok nota rasa nak muntah pun ada.   Mana tak nya, banyak gila. Hurm kadang-kadang rasa takut pun ada. Mampukah hasni lakukan semua ini?? Setiap kali ingat benda ini, setiap kali itulah muka ibu ayah sering terbayang di fikiran. ♥ Tak tahulah berkecamuk rasa di dalam hati ini. Hanya yang hasni mampu lakukan ialah teruskan perjuangan ini sehingga ke penghabisannya. Hanya usaha, doa dan tawakal sahaja lah ubat untuk menyembuhkan semua perasaan ini. Professor banyak berikan dorongan dan sokongan. ♥ Alhamduliilah terima kasih ya allah kerana hasni sampai ke sini dan menemukan semua ini.  Jika tanpa keizinan Mu Ya Allah, hasni tidak akan berada disini. 

 Peas wajah dengan braces. Kelakar gila. 

Poyo-poyo je ni. Hehehe