.

Nuffnang

December 23, 2013

S a b a r l a h w a h a i h a t i ♥

Assalamualaikum 

Hari ini hari yang sangat mengejutkan hati dan perasaan ini. Semua perasaan ada dalam hati ini. Ya allah dugaan demi dugaan kau beri pada diri ini. Namun hasni tabahkan jua. Hasni manusia yang lemah. Hanya mampu bersabar dan menangis dalam hati. Adakah awak sudah puas dengan apa yang awak lakukan? Teruskan lah permainan game awak ini. Hasni tidak sedikitpun lemah atau takut. Hasni sudah tahu lakonan serta pembohongan selama ini. Cuma ingat satu pekara. Dalam dunia ini, kita bukan hidup seorang. Tapi kita hidup dengan manusia juga. Jadi manusia ini hanya manusia sahaja. Tidak perlu takut dengan mereka. Kerana hasni juga manusia seperti mereka. Memburukkan hasni membuatkan hati awak gembira dan puas? teruskanlah awak. Hasni sudah tahu semuanya. Hasni tidak marah atau mahu mengamuk seperti orang lain. Hasni juga tidak akan buat benda yang sama macam mana awak buat kat hasni. Tapi ingatlah kita hidup seperti roda. Adakalanya kita hidup di atas, adakalanya kita hidup di bawah. Hasni terima semua ini dengan hati terbuka. Tapi ingatlah Allah selalu ada dengan orang yang benar. 

Sabar  

Sabar & Redha kunci ketenangan 

Semester ini hasni lalui bermacam-macam pekara. Hasni bodoh kerana terlalu mempercayai kawan sendiri. Hasni tidak nampak apa yang telah berlaku sekarang. Hasni ingat bila kita berkawan, kita akan ikhlas berkawan. Tapi malangnya hasni alpa dengan semua itu. Sem ini hasni berasa sangat down ! Selama hasni belajar sehingga sekarang, hasni pertama kalinya membuat projek yang tidak siap dan di bentangkan di depan kelas dan teruk dimarahi oleh dr. Hasni berasa sangat sedih lebih sedih daripada putus cinta. Seolah-olah merasakan orang lain sedang mentertawakan diri ini. Tarikh 20/12/2013 adalah tarikh keramat buat diri ini. Dr menganggap hasni dan kumpulan hasni tidak membuat kerja dengan bersungguh-sungguh. Padahal pekara yang terjadi bukanlah disengajakan. Maafkan diri ini dr. Memang salah kami. Tapi kami tidak akan ulanginya. Ini adalah satu pengajaran untuk diri ini. Maaf seribu Maaf. Nasib la bukan psm. Kalau tak mahu kena ulang semester. Choii mintak dijauhkan. 

Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas dan bukanlah keikhlasn jika masih merasakan sakit 



♥ dp.




October 21, 2013

F o k u s k a n D i r i ♥

Assalamualaikum 

Hari ini hari ahad. Malam sudah menjelma. Mata pun dah bukak tutup bukak tutup. Padahal dah tido dah tadi. Banyak benda nak kena settlekan . Hasni berasa sangat gembira kerana mendapat teguran dari seorang kawan. Terima kasih kawan! Dia kata hasni kurang fokus dalam study dan mintak hasni lebih fokus. Ye mungkin betul juga. Hasni banyak berangan dari fokus. Itu adalah hobi hasni. Heheh. Kantoi sudah. 

Insyaallah hasni ambil teguran itu sebagai motivasi diri untuk menjadi lebih fokus selepas ini. Ya allah masih ada kawan yang ingin tegur diri ini. Terima kasih ya allah. Tahun 2 menjadi-jadi assignment dan projek yang perlu diselesaikan. Tekanan bertingkek-tingkek. 

Ya allah berikanlah hasni kekuatan untuk melalui hari-hari hasni disini. Hasni insan yang lemah. Hasni tiada apa-apa tanpaMu Ya allah. Hasni harap hasni menjadi hasni yang lebih baik dari hari ke hari. Hasni sangat sayangkan ibu dan ayah hasni. Setiap apa yang hasni lakukan, hasni akan ingat pada mereka. Merekalah kekuatan hasni disini. 

 Motivasi untuk Hasni 
 ♥ dp.