Nuffnang

June 8, 2013

Tips Belajar Dengan Berkesan♥

Assalamualaikum  




♥ Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan  
  dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

 Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan 
  bahawa:
-Kita ingat 10% apa yang dibaca        
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan  
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Ingat sesuatu itu memang susah kan? mungkin ini dapat membantu kita ... selamat mencuba :)



 Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your  
  biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk    
  belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, 
  selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 

 Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

 Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi  
  penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa 
  dilihat.



Nak study hard boleh. Tapi jangan sampai jadi macam ini. hahahahha


 Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

 Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong,  
  bertangguh dan malas. 

 Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti 
  membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan 
  hati.

 Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَن أَشكُرَ نِعمَتَكَ الَتِي أَنعَمتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَن أَعْمَلَ صَالحِاً تَرضَاه وَأَصْلِح لِي فِي ذُرِّيَتِي إِنّيِ تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنّيَ مِنَ الُمسْلِمِين
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".


 Baca buku dengan cara terbalik. Ini kerana kita akan lebih fokus untuk 
  membaca nota tersebut kerana ia dalam keadaan terbalik.


Belajar kena fokus... 


Ingatlah ibu dan ayah kita yang bersusah payah bekerja siang dan malam untuk membesarkan kita. Jadikan itu sebagai pembakar semangat kepada kita untuk belajar bersungguh-sungguh



Tips pekara yang merosakkan otak. Jadikan elakkan ia ok :)
 p/s : BERDOALAH SAHABAT UNTUK KITA HADAPI PEPERIKSAAN AKHIR KELAK
        Cayyok2 warga UTHM

♥ dp.