Nuffnang

January 18, 2013

At Home ♥

Assalamualaikum 
Selamat bercuti warga UTHM.. Sudah 5hari hasni menghabiskan masa di rumah bersama keluarga hasni. Seronok rasanya apabila bersama keluarga tersayang. Macam-macam yang hasni lakukan untuk mengisi masa lapang di rumah. Jom nak tahu ??hehhe sama-sama kita baca tau. . Tapi sebelum itu kan, cuti-cuti jugak tapi jangan lupa result yang akan keluar .Huhu takott

  Apa ni? hehe kalau nak tau ni la maggi goreng buatan hasni. .ini lah kerja hasni bila kat rumah. .ada je yang nak di buatnya. .hasni masak ini pon sebab dah lama tak makan . .main campak je dalam kuali . . senang dan mudah. . :) ♥ 


Mmm hasni ini kalau tak beli tudung memang tak sah. .Tapi tudung bawal je lah. .Dulu hasni selalu borong shawl. .Tapi sekarang dah malas. .malas nak lilit-lilit. .malas nak pusing-pusing. .tapi teringin nak pakai. .rindu sangat ! tapi shawl sekarang makin mahal harganya . . hasni ini dah la belajar. .banyak nak pakai duit. .dari hasni beli shawl berharga rm70/rm80, lebih baik hasni pakai untuk kegunaan belajar. .tapi tak pe. .akan hasni beli jugak!tunggu saja oke! 


Polkerdot . .heheh hasni sangat suka!comel sangat baju ini. .nampak sangat simple. .tapi hasni suka. .lagipun murah je. .kebetulan ada sale . .apa lagi hasni rembat je la! bukan curi taw. .maksudnya hasni beli tanpa fikir panjang terus je beli. .hehhe


Mmm sedapnya. . sedang-sedang hasni tengok tv, mulut ini asyik nak mengunyah je. .aduiii gemuk la macam ni. .heheh. . cerita kat tv pun banyak yang best . .  Memang tak gerak langsung dari depan tv. .heheh. . sambil-sambil makan  . .heheh seronok sangat! 


Wahhh lama sangat tak buat spagheti buatan hasni. .tetiba adik ngan mak nak makan spagheti. .Hasni pun terus jelah masak untuk dorang. .Lagipun lama tak makan. .Terasa nak makan jugak. .Memang kenyang. .Bertambah-tambah lagi. . Seronok jugak bila masak tuk mak . .sedap tu boleh la. . masakan orang bujang. .tak boleh kalah mak masak la. .heheh 


♥ dp... 

January 12, 2013

Last paper ♥

Assalamualaikum 


Indahnya rasa hati ini. .yeahh2 final exam sudah pun berakhir. .tepat pukul 5.30 petang semalam paper terakhir iaitu paper diskrit. .muke keluar dengan hati yang sangat lega . .lega sebab paper diskrit tak susah seperti paper algebra dan paper yang lain. .kami semua takut sebab paper ini dr sazali yang buat. dr sazali selalunya akan buat soalan yang sangat susah. .sebelum masuk dewan, hati kami sangat gundah gelana. .pertama sebab kami takut dengan soalan-soalan yang bakal kami jawab nanti. kedua sebab kami takut kami tak boleh nak buat. .kami sangat takut. tak terkata nak kata. . perasaaan itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Dengar sahaja arahan untuk masuk ke dewan, kami mencari tempat duduk masing-masing. .jantung ini bagai nak berhenti secara tiba-tiba. . Hasni memulakan langkah dengan bismillah. .apabila selesai menulis nama dan no matrik, dengan perlahan-lahan hasni membuka kertas soalan diskrit itu. .Tepat pukul 3petang kami memulakan peperangan diskrit . .hahhaha. . alhamdulillah hati sangat berbunga-bunga kerana soalan itu kami semua boleh buat. .hasni sempat memandang kekiri kekanan kedepan kebelakang . . hasni melihat muka mereka sangat tenang apabila melihat soalan itu.  hasni merasakan mereka juga rasa seperti hasni. .

Tidak sedar setelah 2jam berlalu, hasni melihat sorang demi sorang keluar dewan. hasni tahu mereka boleh jawab soalan diskrit itu. . hasni rasa cukup tenang ketika itu . ada setengah jam lagi tinggal. .hasni masih ada soalan yang belum disiapkan. .lagipun hasni akan keluar tepat pukul 5.30 petang.  hasni tak nak terburu-buru keluar dewan awal. .lagipun hasni memang tak pernah keluar dewan awal..cuma ada satu paper je ari tu.  paper titas. .sebab soalan objektif. .dah tak tahu nak betulkan kat mana. . jadi hasni pun keluar awal. .tu pun hasni antara 20 orang terakhir. .hahahah lawak tak ?alaa biarlah apa orang lain nak cakap. .buat apa nak terburu-buru keluar awal. .exam sekali sekala kan. .jadi hargailah ia. .

cuti sem sudah pun bermula. .wahhhh seronoknya rasa. .boleh bercuti dan lepak-lepak dirumah sambil kroh-kroh . .kroh la banyak-banyak. .qada' banyak-banyak. .hehehhe . .mesti mak hasni bising nanti. .yelah anak dara apa la ni kan. .balik rumah je asyik kroh-kroh. . itu lah masa yang banyak hasni habiskan dari buat kerja lain. .tapi hasni tak pernah lupa buat kerja rumah. .hasni akan mengemas rumah, membasuh pinggan, basuh baju, memasak . .itu kan dah menjadi kewajipan seorang anak. .lagipun hasni ni sahaja anak perempuan tunggal. .tak sanggup hasni nak tengok mak hasni buat kerja rumah sorang-sorang. .malas itu mestilah ada. .kadang-kadang itu kalau nak buat kerja itu tertangguh-tangguh. . hahhah yelah perangai M la katakan . . .nasib baik mak hasni dah faham dengan perangai anak perempuan dia ini. .memang macam-macam karenah. . kalu kahwin nanti tak boleh dah nak malas-malas. .nanti takut suami lari plak kan. .heheh tak nak la hasni. . jadi kalau nak malas-malas, malas-malas la sebelum kahwin . .mak kita tak kan lari. .cuma teruk kena bebel jela. .hahaha tebal kan jela telinga ini. .tapi mak kita bebel itu pun tandanya dia sayang kita. .  luv u mak


♥ dp...
 




January 4, 2013

Berblog dsubuh hari ♥

Assalamualaikum 



Ya allah pukul berapa datok harimau?pukul 5pagi cu. .Inilah kerja hasni sepanjang 2minggu ini. .Orang lain sedang dibuai mimpi sampai ke langit, hasni plak masih terngiang-ngiang dibawah langit. hehe inilah lumrah orang belajar. Nak kata mengantuk itu memang sangat mengantuk. Tapi hasni cekalkan hati untuk bertahan. 

    Tengoklah keadaan yang berselerak dengan buku dan kertas. .

rindu kat korang

Lapar!Lapar!kalau dulu masa diploma waktu-waktu macam ini, hasni boleh pergi keluar drive thru mcd. Rindu sangat dengan kawan-kawan diploma hasni dulu. Perangai memang gila-gila. Tapi kami tak pernah buat pekara yang diluar batasan. Mok, ecah, ayien, bot, ida dan ema. itulah kawan-kawan yang selalu susah senang bersama. Kami tak akan biarkan kawan-kawan kami sedih ataupun sendirian. Kami bersama ke mana sahaja kami berada. Kadang-kadang kalau malam tengah study, kerja makan dan makan je. Sebab itulah kami dipanggil geng gendot. hehe. Tapi kami tak gendot pon. Kami tetap maintain sampai sekarang. Tak tahulah bila lagi dapat macam itu. Tapi kenangan itu hanya sekali sahaja seumur hidup. Kehidupan kita akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Jadi hargailah masa kita walau dengan sesiapapun dan dalam keadaan bagaimana pun. Okelah jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Kejap lagi nak masuk subuh dah. Lepas itu bolehlah mimpi sampai ke langit.hehe   

 Sem akhir (dip) 

 Siapakah kami? 
♥ dp... 

January 3, 2013

Bas u ♥


Assalamualaikum 

Burpp alhamdulillah kenyang sudah . .seronok sangat dapat makan mcd dengan roomate hasni. kami date b2 je. .hasni makan prosperity chicken Dari u tak jauh pun. lagipon ada bas sikun. hidup bas sikun!hahah tetiba. lepas makan terus balik. nak seronok-seronok pun kena pikir ada 3 paper lagi sedang menunggu. erghhhh cepatlah habis. tak larat dh tengok buku-buku yang sangat tebal, nota berjela-jela dan kena perah otak nak hafal semua itu. upss hasni jangan mengeluh. oke tak pe. lagi seminggu je. lepas itu merdeka la     









Bas sikun ni hanya ada dekat uthm je. Bas ini la yang memabawa kami untuk ke fakulti masing-masing sehingga kampus bandar atau taman universiti. Bas warna ungu itu juga membawa kami pusing-pusing kampus sehingga perwira iaitu bas colourplus. Kalau tak ada bas ini memang patah kaki jugak la. jauh perjalanan luas permandangan. heheh

Kepada sesiapa yang ada paper hari ini ataupun esok, hasni ucapkan  ganbatte kudasai  ye. hasni doakan semoga berjaya. heheh. tapi hasni nak cerita hasni rasa seronok sangat sebab bas sikun tak lambat dah macam dulu. kalau dulu siap dah kutuk-kutuk lagi tapi tak sampai-sampai jugak bas . tapi sekarang bas sikun dalam 15 minit dah sampai. baru lah seronok kalau macam ini. mungkin dah banyak sangat aduan yang dibuat. bak kata pepatah customer always right  kami semua menggunakan perkhidmatan disini semuanya berbayar, jadi memang harus diberi service  yang baik. betul tak?hehe . . ♥ dp... 


Tahun baru ♥

Assalamualaikum 

tahun 2013 nie hasni cuba perbaharui blog yang terbaru. .cantik xde la tapi comel cikit la dari sebelum ni..hasni akan cuba kongsi suka dan duka dalam blog ni. mungkin tak banyak tapi cukup untuk diri ni merasa kepuasan. .apa azam tahun baru korang semua?hasni banyak azam yang nak wat tahun ini tapi tak tahulah kan. orang kalau tanpa usaha tak jalan jugak la azam kita itu. kita kena dorong ia dengan usaha dan tawakal kepada Allah taala.

kalo korang nak tahu hasni sekarang sedang dalam stress yang amat tinggi. erghhh tapi leyh control lagi. ramai yang bagi sokongan padu macam nak pergi bertempur la plak kan. tapi tak pelah yang penting orang sekeliling banyak memberi sokongan terutama mak,abah, him, dan rakan-rakan. mekasih ye ♥ ♥ ♥

sekarang ni tengah dalam peperiksaan akhir. hasni sekarang dalam tahun pertama dalam kos multimedia di uthm. orang lain dah habis belajar, hasni baru nak merangkak belajar. ♥ hasni sekarang tengah amek ijazah. kalau ada rezeki insyaallah akan habis dalam masa 3tahun setengah. banyak la plak hasni membebel ni kan. ♥ 

hasni nak berkongsi apa yang Ustaz Don Daniyal kongsi untuk kita semua kepada sesiapa yang nak petua mudah untuk bangun subuh. memang sesuai untuk hasni sebab hasni sekarang tengah bersengkang mata untuk final exam . .pape pon selamat membaca ye ♥ dp... 



Petua Untuk Mudah Bangun Subuh

1. Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu, isteri atau suami, atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun. 
♥ dp...