Nuffnang

April 25, 2013

Hari Rabu d UTHM ♥

Assalamualaikum
 
Hari ini rabu . Hari rabu tak adalah hari yang memenatkan jika nak dibandingkan dengan hari-hari lain. Tapi hari ini adalah hari yang memenatkan kerana banyak yang terjadi hari ini. Huh memang penat sangat! Hari ini adalah hari sepatutnya hasni dan kumpulan hasni akan present Effective Communication . Tapi kan nak tahu apa yang berlaku yang menyebabkan hasni dan kumpulan hasni tak present hari ini? Pertama sekali adalah sebab kesalahfahaman kami tentang apa yang sepatutnya dibentangkan hari ini. Punya lah penat kumpulan hasni buat itu buat ini. Tapi akhirnya tak present hari ini. Kumpulan hasni akan di postponed ke hari selasa minggu depan. Mula-mula pensyarah panggil kepada sesiapa yang volunture nak present dulu. Tapi maklumlah hasni dan kumpulan hasni memang dah tunduk tanda tak mahu present dulu. Ingatkan kumpulan kami je yang buat macam itu, Tapi rupa-rupanya semua kumpulan pun lakukan benda yang sama. Hahahah. Mood pensyarah itu pun cam tak besh je hari ini. Hilang kekuatan dan semangat yang dibawa dari bilik tadi. Punah semuanya. Tapi sementara sahaja kerana pensyarah telah menyuruh setiap kumpulan membuat undian. Berdebar hasni nak ambil salah satu kertas undian itu. Semua konyok sama je. Sambil tutup mata hasni redha ambil je salah satu daripada itu. Perlahan-lahan tangan membuka kertas itu. Ahli kumpulan hasni yang lain membuat jampi serapah untuk tidak dahulu present. Dengan muka yang tak tahu nak kata apa-apa, hasni pun bersorak! Tapi bukan bersorak gembira, malah sebaliknya. Hasni dapat no 2. OOOOOO TIDAKKKKKKKKKK !!!Hasni dah gelabah semacam. Ahli kumpulan hasni dan menunjukkan muka macam-macam. GERAM semualah. Senyap sahaja kumpulan kami. Hasni masih berdiri kaku tanpa berkata apa-apa.

Tiba-tiba ada kumpulan lain panggil hasni. Hasni mula-mula tak paham juga. Tapi dia kata nak tukar tak no dengan kumpulan kami. Kumpulan kami dapat no 5 . Ahli kumpulan hasni tersenyum lebar sampai ke telinga. Hasni apatah lagi. Memamg tak terkata. Hasni pun berkata boleh2. Maka bertukarlah no dan bertukarlah tangan yang memegangya. Hasni dapat no5. Jadi kumpulan hasni akan present minggu depan. Hari selasa malam. Bantai sahaja lah. Asalkan bukan hari ini. Hasni memang tak ada hati nak present hari ini. Memang tak ada ! Hanya 2 kumpulan sahaja yang present hari ini. Huh selamat. . Dah lah hasni dan kumpulan hasni dah pakai baju sedondon. Tak lah sedondon sangat. Tapi warna yang sedondon. ngeee :)

Hasni bersama kawan-kawan hasni yang tak jadi present

sebelah petang pula hasni ada suksis . Tak sempat nak makan, balik bilik tukar baju terus pergi ke kelas suksis. Penat adalah jugak. Tapi dah biasa kan. Kami suksis tak ada kelas undang-undang. Kami hanya mendengar ucapan terakhir daripada Tuan Pegawai Polis kami yang akan bersara bulan 6 ini kalau tak silap lah. Banyak nasihat yang diberi kepada kami. Jasamu tidak dapat kami balas. Kami doakan Tuan terus berjaya dunia akhirat. Amin :) Jom kita tengok sesi fotografi kami.

Skuad Suksis . . .

 ♥ dp.

April 21, 2013

PA Perdana di FSKTM UTHM ♥

Assalamualaikum
Hari ahad ini apakah rancangan kawan-kawan semua? dating? lepak?menonton wayang?tidur? Apapun yang korang buat jom singgah baca kejap post hasni yang terbaru ini .  Semalam ada Hari PA Perdana di FSKTM UTHM. Seronok sangat. Aktiviti dimulakan dengan ketibaan pelajar-pelajar dan staf- staf FSKTM. Setelah itu perasmian kelab IT. Habis sudah tibalah hari paling di nantikan iaitu makan time. Kami bersama-sama PA berada didalam bilik tutorial untuk memulakan kelas bersama PA. PA kami siap masak untuk anak-anak buahnya. Soo sweeet kan :) Hanya Puan Noraini sahaja oke. . ramai yang cemburu dengan kami. SOORY GUYSS!

Puan Noraini memberi ucapan dan menerangkan tentang pengiraan CPA dan GPA sem lepas. Puan juga memberi kata-kata dorongan dan kata-kata semangat kepada kami. Hasni tunduk kerana tersentuh hati mendengarnya. Kadang-kadang terasa terkena diri sendiri. Rasa mahu mengalir air mata ini tapi hasni tahankan daripada ia mengalir keluar. Tiba-tiba teringat ibu dan ayah di rumah. Seolah-olah yang sedang bercakap di depan itu adalah ibu dan ayah hasni. Puan seperti ibuku di UTHM. dia lah tempat kami meluahkan perasaan andai ada masalah sepanjang kami berada di sini. terima kasih Puan kerana menjadi ibu kami di UTHM ini. Jasamu tidak dapat ku balas dengan harta mahupun wang ringgit. Setiap orang akan di panggil dan Puan akan memberikan sedikit keterangan dan motivasi untuk diri sendiri. Tetiba kami kena tukar bilik kerana bilik tutorial itu tak ada aircond. Kami menunggu nama masing-masing di panggil. Hanya Kumpulan PA kami sahaja yang tidak mengikuti Code Hunt. Kami menghabiskan masa bersama PA sepanjang program berlangsung.

Setelah selesai kami keluar dari bilik tutorial. Pukul12.25 selesai semua. Code Hunt juga hampir selesai. Seronok pulak tengok dorang berlari ke sana ke mari untuk mencari klu soalan-soalan yang diberikan. Ada yang gembira kerana habis awal dalam game Code Hunt itu dan ada juga disebaliknya. Sedang kami menunggu untuk makan tengah hari, kami duduk di depan fakulti FSKTM. Apabila pelajar lain sedang mengambil makanan tengah hari, kami pun beratur juga untuk mengambil makan tengah hari. Perut tak lapar pun. Sejak hasni dah biasa dengan braces ini, hasni punya mood makan dah ok balik. Tapi diet tetap berjalan seperti biasa. Makan nasi seminggu sekali sahaja. Jogging seminggu sekali sekurang-kurangnya. Itu pekara wajib hasni lakukan. Sekarang dah turun 5KG.

Balik kepada cerita tadi, hasni n the geng pun jalan kedek-kedek nak balik bilik. Tetiba nak tahu apa jadi? Pensyarah bagi announcement guna mikrofon mintak kami patah balik ke fakulti kerana program belum habis lagi. Mula-mula kami mengendahkannya. Mungkin announcement itu untuk orang lain. Kali ke 2 announcement itu sedikit keras. Kami mula berpandangan. Macam mana ini? Ada yang berjalan laju-laju dan kelibat dorang pun tak nampak dah. Siap announcement berkata Tolong hormati majlis ini dan jangan bersikap kurang sopan dengan meninggalkan program ini setelah amik makanan. Perghh ayat menikam jiwa. Ramai yang patah balik ke majlis itu. Tapi tidak kami ber 3. Kami menyorok di belakang kereta. Gengstar la rasa waktu itu. Kami berfikir "kalau kami patah balik pasti kami akan dipandang oleh semua orang dan mendapat malu yang teramat sangat!" kami menyorok dibelakang kereta myvi dalam keadaan cuaca pada mulanya panas kemudian mendung" Seolah-olah Allah sedang membantu kami. Padahal kami tengah buat pekara jahat. Kami menoleh kiri kanan takut-takut ada orang datang kepada kami untuk menangkap kami. Kami mendengar tapak kaki orang. Kami b3 saling berpandangan. Nak lari takut di ketahuan. Tetiba kami nampak dua orang perempuan. Terkejut kami kerana mereka adalah pelajar tahun akhir. Mereka tanya kepada kami. .Korang menyorok ker? Korang masuk je dalam kereta, hidupkan enjin dan jalan je. Hhahahha kami ketawa je. Dorang siap bagi cadangan lagi. Mungkin dorang ingat kereta myvi itu kereta salah seorang dari kami. Setelah itu kelibat mereka hilang. Kami masih menyorok dibelakang kereta myvi itu. Kami siap bergambar dan post kan kat facebook. Nakalnya kami waktu itu. 15 Minit setelah itu, program selesai. Kami melihat ramai yang keluar dari fakulti. Kami bangun dan berjalan seperti biasa seolah-olah tidak buat salah. Kelibat kami makin jauh dari fakulti. Kami gelak sakan kerana kami berjaya untuk hari ini. Geng kami yang lain tidak tahu kemana. Ok atau tidak kami pun tidak tahu. Memang kerja gila kami buat hari ini. Maafkan kami ye Puan. Kami nakal-nakal je.


Napa la hasni gelak agaknya itu eyh? :)

Mereka suka bergambar

Puan memberikan pesanan dan kata-kata semangat.

Sempat lagi bergosip-gosip . . :)

Muka khusyuk ini. HEHEH

Ibu Kami di UTHM . . Professor Madya Puan Noraini

Mereka menunggu giliran masing-masing untuk di panggil oleh Puan

Sapa la yang curi-curi ambil gambar ini. Dupdap rasa. Tengah berfikir apa la agaknya Puan nak cakap ngan hasni ini

Ya allah muka comel la itu. HAHAHAHH

Tengok itu. Suka mengacau orang. Sempat lagi nak posing  :)

Mereka anak-anak buah PA Puan Noraini

Muke Gangstar dalam lembut. Menyorok di belakang kereta Myvi. Kami b3 yang selamat.
Muka suka kacau orang


 ♥ dp.

April 8, 2013

Happy Holiday.. jejalan wif BFF ♥

Assalamualaikum
Selamat petang semua? apakah yang anda2 sedang lakukan sekarang? makan, lepak, tidur atau tengah berangan macam hasni selalu buat? hahah tak kisah lah. hasni nak berkongsi cerita dan kegembiraan semalam. hasni dan my bff keluar bersama. Seronok rasanya bila keluar. rasa tak nak balik je. tapi mana boleh. tak kan nak tidur kat shooping complex tu plak kan. . hhhahaha kami main bowling bersama, makan bersama, menonton wayang bersama, lepak bersama, makan lagi bersama. haha rasa tak cukup satu hari tu. rasa nak panjangkan lagi masa itu. tapi masa itu ada lagi. nanti kita boleh keluar bersama lagi kan dear2 sekalian. Dulu rasa zaman muda dengan rasa zaman sekarang tak berubah pun. Muka tetap sama. cuma ada lah sikit kematangan tu kot. hahahha. Hasni rasa sekejap masa ini berlalu. Tapi tak pe la. hasni nak berkongsi gambar-gambar dengan kamu semua. jom2!



 ♥ dp.