Nuffnang

July 8, 2013

Sehari sebelum Puasa ♥

Assalamualaikum ♥ 


Hari ini hasni bersama  kekawan   keluar sehari sebelum kita menyambut bulan ramadhan yang mulia. Sekejap rasa masa berlalu. Bulan ramadhan yang mulia ini hendaklah disambut dengan melakukan amalan yang berfaedah. Semoga bulan ramadhan kali ini memberi banyak  keinsafan   kepada kita semua.  

Hasni bersama kekawan  keluar   sebenarnya nak beli barang keperluan. Asalnya 4orang tetapi salah seorang dari kawan  hasni cirit birit pulak. Padahal semalam dia bersungguh-sungguh nak pergi. Kesian kat dia. Tak pelah kami tetap meneruskan tujuan kami juga tanpa  dia. Tak seronok pulak rasa tanpa dia tapi kami pergi juga lah.  

Walaupun bertiga bukan berempat tapi kami tetap gila-gila. Kalau berempat pasti tambah lagi gila-gila. Hari ini kami pakai ♥ color blog  pulak. Orang tengok lain macam je. haha tapi kami hanya buat muka selamba. Memang sengal la nak dikatakan.  I like it!!   Kak aton nama diberi memang tetap dengan gelaran  hot  dia. Kak yong pulak diberi gelaran  superb  dan gila-gila. Hasni pulak diberi gelaran apa pulak? hahah hasni hanya tetap dengan diri sendiri. Imej sendiri dan hasni adalah  doot  .heheh.  

Seronok bersama mereka. Terima kasih kerana  menemani hasni hari ini. Sunyi tanpa mereka disini. Nasib baik masing-masing  masuk air  . Bukan masuk pasir oke! Walau apa pun korang memang seronok. Lusa dah mula puasa. Tak sabar rasanya. Selamat menyambut  bulan ramadhan   yang mulia kepada kawan-kawan semua. Jangan ponteng  puasa   ye.  

Tengah makan pun sempat nak bergambar. Nyum-nyum berkfc sebelum nak puasa 

Kenapa muka hasni begitu? Sebenarnya dah kenyang sangat sampai muka jadi macam itu.

Masing-masing sudah kenyang. Jom bergambar.

Hasni buat muka comel yang tak berapa nak comel itu.
Muka bengang olok-olok dengan kak aton. 


Dah habis makan jom kita bergerak keluar dari kfc ini. Berat perut hasni turun tangga. 

Sedang-sedang keluar duit kat atm pun nak bergambar. Apalah hasni ini kan. Alamak duit tak de. acane ni hasni nak beli sabun mandi yang dah habis ini. adoii2. Pinjam duit kat korang boleh tak?

Kak aton bengang sebab asyik muka kami sahaja penuh dalam album gambar. Maaf la kak aton ye.

Sambil menunggu bas uthm datang kita bergambar dulu ye. 

Gambar candit oleh kak aton yang comel.hehe

Dah tak tahu nak buat muka cam mane dah. Tengok-tengok muka hasni berkerut cam tu.. Sabar jelah ye.
♥ dp.

No comments:

Post a Comment