Nuffnang

July 30, 2013

S a h a b a t ♥

Assalamualaikum 

Lega apabila dah selesaikan assignment dan projek.  Hasni baru selesai mengedit audio bunyinya yang nyaring, sumbeng dan sumbang. Hurmm jenuh jugak nak mengeditnya. Tidur bangun Tidur bangun akhirnya baru dapat menghasilkan bunyi yang ok la daripada sumbang.  Leganya .. Lepas ini kena siapkan report pulak. 

Tunggulah kejap lagi. Hasni nak cerita dengan kawan-kawan semua. hehe. Hasni dah dapat antara semua gambar  bff  hasni. Hah sangat teruja tau!!hehe. Bff hasni sudah melangsungkan  perkahwinannya waktu final year  hari itu. Hasni curi-curi balik padahal ada  paper statistik  (antara subjek yang paling susah nak score) semata-mata nak tengok bff hasni kahwin. Berkat semua itu,  result  hasni sem ini naik! Alhamdulillah. Berkat study banyak dan berkat kawan-kawan yang banyak membantu hasni. Terima kasih ye semua. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. 

Sorang-sorang sahabat hasni telah bertunang dan berkahwin. Mesti tahun ini akan jadi lebih bermakna bersama insan tersayang. Walau apapun keluarga tetap menjadi keutamaan. Bilakah waktu hasni akan tiba? Tak tahu lah. Tunggu dan lihat sahaja la ye. Jangan nak menggatal hasni ye. Fokus-fokus. hehe.

 Hari lebaran makin tiba tak lama lagi. Seronok rasa sebab nak balik. Maklumlah jadi orang perantauan sekarang. Semangat berkobar-kobar nak balik itu makin terasa. Tapi tetap rasa kesedihan didalam hati. Sedih kerana bulan puasa yang mulia ini kawan hasni yang satu skuad suksis telah pergi ke rahmatullah. Tidak lupa juga kepada sahabat hasni yang telah kehilangan ibu dan ayah nya serta salah seorang dari keluarganya. Hari raya yang akan datang ini tidak bermakna buat mereka dan keluarganya. Jika situasi itu berada di tempat hasni, hasni akan turut bersedih dan berduka. Walau apapun kuatkan semangat. Allah lebih sayangkan mereka. Sedekahkan Al-fatihah buat mereka.. 

Hasni nak share  gambar bff  hasni yang baru melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini. Bila kita tengok orang lain bahagia, kita juga akan turut merasai  kebahagiaan  itu. Kita doakan semoga bff hasni akan terus berkekalan sehingga akhir hayat mereka. Tak sabar nak jadi auntie dot! 

Mok dipenuhi rasa debaran yang sangat kuat. Ayen tengah melafazkan akad nikah. 2X lafaz. Alhamdulillah. :)

Tersenyum muka mok. Alhamdulillah bergelar seorang isteri   

Syukur Alhamdulillah. Ayen bergelar seorang suami  

Tok imam beserta keluarga kedua belah pihak sedang membacakan doa diketuai oleh tok imam

Cium tangan suami. cuweet nya.  

Cium dahi isteri. ni lagi cuweet  


Ida yang comel. Saya sayang awak  

Selamat menjadi suami isteri  

Teman baik  dan Teman futsal ayen.  

Walaupun bergelar suami isteri, perangai gila-gila tetap tak boleh buang.  Inilah kami  

Sahabat baik. Sahabat dunia akhirat. Insyaallah  

Walaupun tangan hasni tak de inai macam dorang, hasni tetap nak show off jugak  

Apakah yang sedang mereka lakukan? jelesnya. hahahha

Amboii kawan aku ini lending nampak. Tengah fikir apakah itu? hahah 

Penat ye cik kak dan en abang kita ini. hehe

Ayen tengah buat lawak. Tergelak besar kitaorang.

Keluarga mok dan bff nya

Candit picher ye semua. Macam-macam mimik muka ada. hahah

Stop! Tapi musykil. Stop untuk apa ye? Layankan aja. hehe

Silent semua.  Taktik je ni. hehe

Gwiyomi ala-ala kami.  

Gembira sakan kami. lalalala  

Inilah kami. Suka duka bersama. iluvu'll  

Oops ayen dah hilang. hahahha

Muka mok sedih tanpa ayen. Sabar ye mok. Pinjam ko kejap tanpa ayen.  

Didalam masjid sebelum diijab kabulkan.  


Muka cuak ayen. haha

Tak tahu nak buat muka apa. Layankan aja lah ye  
Sahabat  

Berat bunga telur dan bunga mangga ini. Tapi kami kuat untuk sahabat kami.  

Alolo manjanya mereka ini.  

Sakan korang tanpa hasni. Hasni dah balik masa ini. Mengenangkan esok hari ada paper. Kena lari balik uthm

So sweet. Masing-masing ada kekasih hati. Kecuali budak comel itu. Nasib baik hasni tak de, kalau tak hasni kena geng ngan budak comel sebab tak de pasangan.  

Makan beradab. Sangat manis wajah pasangan suami isteri ini  

Ema. Ida. Dot. Mok. Ayen. Kamilah sahabat.  

Wahh cantiknya kawan hasni ini kan ?

Candit picher. Sangat romantis  

Diatas pelamin terlihat pasangan cantik berseri-seri dan diapit oleh pengapit mereka. Tahniah mybff. Semoga kekal sehingga akhir hayat ye  


 ♥ dp.

July 22, 2013

Motivasi Diri ♥

Assalamualaikum 

Semalam hasni dapat berita dari sahabat hasni ayah sahabat hasni telah pergi ke rahmatullah. Sedih rasa hati ini bila dapat tahu. Mengalir air mata ini bila dengar berita itu. Rasa seolah-olah hasni sendiri yang mengalami nya. Syawal hanya tinggal dua minggu sahaja lagi. Suram dan sedih rasa untuk melalui semua itu. Kehilangan orang yang paling kita sayang adalah suatu perasaan yang sukar digambarkan. Hanya orang yang melaluinya sahaja yang tahu dan paham. Sejak kebelakangan ini, hasni sering mendengar berita kematian. Bulan ramadhan ini dua orang sahabat hasni kehilangan ahli keluarganya. Al-Fatihah...

♥  Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala kita diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Kita harus kuat dan tabah. Sekiranya kita lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan. Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya. ♥ 

  Ya rabbi, janganlah jadikan ku lupa siapa pencipta ku, yang membantu ku, yang sentiasa bersamaku susah dan senang. Jangan kita berpatah harapan andai tertundanya pemberian setelah berkali-kali kita memanjatkan doa dan memohon sesuatu. Allah menjamin pengabulan doa sesuai dengan apa yang Dia pilih untukmu, bukan menurut apa yang kamu pilih. Dan pada saat yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang kamu ingini.  

  Ya Allah Ya Tuhanku, Mungkin aku tidak mampu membahagiakan ibu bapaku dengan kemewahan dan kasih sayang, dengan pertologanMu, perkenankanlah doaku, Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka.  

  "YA ALLAH ..
AMPUNILAH AKU, KEDUA IBU BAPAKU
DAN KASIHANILAH KEDUANYA
SEBAGAIMANA MEREKA 
MENGASIHANI AKU SEJAK KECIL."
Aaminn Ya Rabbal Alamin.  

  Orang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif. Mereka mengabaikan manusia dan peristiwa negatif  dan menggunakan tenaga kearah tujuan hidup mereka. Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita. Ambil tanggungjawab dan banyakkan berdoa. Hati manusia dalam genggaman Allah. Siapa yang Allah sayang manusia juga akan sayang. Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita   ~Prof Dr Muhaya~  

  SYUKUR & HARGAI...
Siapa yang ada di sisi kita
Dan apa yang ada di genggaman kita
Kerana kita tidak tahu
Berapa lamakah kita diberi peluang oleh Allah
Untuk bersama mereka...  



  Harapan Adalah Pembangkit Untuk Mewujudkan Impian Kita.  

♥ dp.

July 8, 2013

Sehari sebelum Puasa ♥

Assalamualaikum ♥ 


Hari ini hasni bersama  kekawan   keluar sehari sebelum kita menyambut bulan ramadhan yang mulia. Sekejap rasa masa berlalu. Bulan ramadhan yang mulia ini hendaklah disambut dengan melakukan amalan yang berfaedah. Semoga bulan ramadhan kali ini memberi banyak  keinsafan   kepada kita semua.  

Hasni bersama kekawan  keluar   sebenarnya nak beli barang keperluan. Asalnya 4orang tetapi salah seorang dari kawan  hasni cirit birit pulak. Padahal semalam dia bersungguh-sungguh nak pergi. Kesian kat dia. Tak pelah kami tetap meneruskan tujuan kami juga tanpa  dia. Tak seronok pulak rasa tanpa dia tapi kami pergi juga lah.  

Walaupun bertiga bukan berempat tapi kami tetap gila-gila. Kalau berempat pasti tambah lagi gila-gila. Hari ini kami pakai ♥ color blog  pulak. Orang tengok lain macam je. haha tapi kami hanya buat muka selamba. Memang sengal la nak dikatakan.  I like it!!   Kak aton nama diberi memang tetap dengan gelaran  hot  dia. Kak yong pulak diberi gelaran  superb  dan gila-gila. Hasni pulak diberi gelaran apa pulak? hahah hasni hanya tetap dengan diri sendiri. Imej sendiri dan hasni adalah  doot  .heheh.  

Seronok bersama mereka. Terima kasih kerana  menemani hasni hari ini. Sunyi tanpa mereka disini. Nasib baik masing-masing  masuk air  . Bukan masuk pasir oke! Walau apa pun korang memang seronok. Lusa dah mula puasa. Tak sabar rasanya. Selamat menyambut  bulan ramadhan   yang mulia kepada kawan-kawan semua. Jangan ponteng  puasa   ye.  

Tengah makan pun sempat nak bergambar. Nyum-nyum berkfc sebelum nak puasa 

Kenapa muka hasni begitu? Sebenarnya dah kenyang sangat sampai muka jadi macam itu.

Masing-masing sudah kenyang. Jom bergambar.

Hasni buat muka comel yang tak berapa nak comel itu.
Muka bengang olok-olok dengan kak aton. 


Dah habis makan jom kita bergerak keluar dari kfc ini. Berat perut hasni turun tangga. 

Sedang-sedang keluar duit kat atm pun nak bergambar. Apalah hasni ini kan. Alamak duit tak de. acane ni hasni nak beli sabun mandi yang dah habis ini. adoii2. Pinjam duit kat korang boleh tak?

Kak aton bengang sebab asyik muka kami sahaja penuh dalam album gambar. Maaf la kak aton ye.

Sambil menunggu bas uthm datang kita bergambar dulu ye. 

Gambar candit oleh kak aton yang comel.hehe

Dah tak tahu nak buat muka cam mane dah. Tengok-tengok muka hasni berkerut cam tu.. Sabar jelah ye.
♥ dp.

July 6, 2013

SHORT sem di Taman U♥

Assalamualaikum ♥ 


Hari ini hasni seperti biasa melalui  hari-hari   sebagai pelajar yang sedang kebosanan dihujung minggu. 'Frust' sebab tak jadi pergi kem anak angkat kerana senarai penuh dan tak dapat pergi kem PGA suksis.  Memang  menonggeng   la duduk di dalam bilik depan laptop. Mujurlah wifi di taman u laju bagaikan angin lalu. Memang sampai ke pagi online  24 jam  . Mana tak nya setakat youtube tu memang tak ada masalah. Nasib baik pihak pengurusan di taman u sangat memahami keadaan kami disini. Terima kasih la ye. Walaupun online, assignment dan projek juga harus disiapkan  

Sedang-sedang asyik berseronok  mencekik   bersama temanku yang setia menemaniku,  linda dan yoe  , kami bergambar sakan tak terkira sehinggakan orang lalu lalang pun buat dek je. hahahah. Nasib tak kena hon dengan kereta tadi.  Bergambar   kat tengah jalan manalah orang tak marah. Makan kat mamak tapi bergambar di mcd. Kebetulan teringin nak makan aiskrim mcd. Nampak tak kebosanan yang teramat itu. hahahah. Ramai juga pulang ke rumah masing-masing. Tak sabar nak balik  minggu depan  . Rindu sangat kat mak abah. Tunggu  hasni ye ♥ 

Sedang-sedang leka hanya tinggal  3hari   lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. Kami yang tinggal di perantauan yang tak berapa nak jauh sangat ini terasa rindu ingin pulang ke kampung untuk  bepuasa   dan  berbuka puasa   bersama keluarga tersayang. Tapi apakan daya. Hanya di temani kawan-kawan seperjuangan yang setia menemani disini. Ini lah bulan ramadhan yang pertama berpuasa sebagai ♥ pelajar uthm  . Syukur sangat kerana masih di beri peluang untuk menjadi  pelajar ipta  . Alhamdulillah.  

Jom tengok  kesengalan gambar   bersama temanku di  taman u  . Sudah genap seminggu kami berada di taman u. Seronok juga suasana disini. Suasana yang sentiasa riuh dan meriah sehingga ke lewat pagi. heehhe ♥ 

Kebosanan mimik muka 1

Kebosanan mimik muka 2

Kebosanan mimik muka 3



Kebosanan mimik muka 4


Kebosanan mimik muka 5

Kebosanan mimik muka 6

Kebosanan mimik muka 7


Kebosanan mimik muka 8


Kebosanan mimik muka 9


Kebosanan mimik muka 10


Kebosanan mimik muka 11


Kebosanan mimik muka 12


Kebosanan mimik muka 13


Kebosanan mimik muka 14


Kebosanan mimik muka 15

Kebosanan mimik muka 16

Kebosanan mimik muka 17


Kebosanan mimik muka 18


Kebosanan mimik muka 19


Kebosanan mimik muka 20


Kebosanan mimik muka 21


Kebosanan mimik muka 22


Kebosanan mimik muka 23

Kebosanan mimik muka 24


Kebosanan mimik muka 25

Kebosanan mimik muka 26

♥ dp.