Nuffnang

July 22, 2012

S a l a m R a m a d a n

Salam ramadhan untuk semua umat islam. Pejam celik pejam celik dah masuk 2hari ramadhan. Alhamdulillah selesai sudah untuk hari ini. Aku baru selesai solat tarawih bersama mak tersayang. Sayu rasa hati ini bila melalui bulan ramadhan ini. Terkenangkan orang yang telah pergi dan orang jauh dari mata. Keluarga tercinta yang jauh diharap sihat hendaknya. Aku juga berharap arwah nenek dan atuk sentiasa dicucuri rahmat hendaknya. Tidak lupa juga kepada arwah kawan baik aku yang tidak pernah aku lupa. Walaupun ia telah lama berlalu, namun kenangan bersama arwah sentiasa terpahat dihati kecil ini. Andai arwah masih hidup, pasti kami senang dan susah bersama-sama. Tapi Allah lebih menyayangi arwah. Huhuhu tetiba timbul cerita lama.



July 15, 2012

Cinta itu hadir secara tiba-tiba. Kita tidak tahu bila "dia" akan datang dan pergi. Setiap insan akan merasai perasaan yang lahir dari dalam lubuk hati itu. Kejujuran dan tolak ansur adalah ubat segala masalah didalam melalui perasaan ini. Perasaan ini menjadikan diri seorang yang sangat beruntung. Dengan umur aku sekarang, hanya terfikir ingin mencari seorang yang sangat bererti didalam hidup ini untuk mengisi kekosongan hati ini. Ingin hidup bahagia dan kekal sehingga akhir hayat ku.
Cinta yang hadir akan ku semai ia menjadi sebuah novel cinta yang terindah didalam hidup ini. Walaupun kita tidak tahu penamat kisah cinta novel itu, akan ku buat menjadi sebuah novel yang boleh aku baca menjadi peneman setia didalam hati ini.

Cinta itu Kejujuran kerana Cinta tidak pernah memaksa.
Cinta itu murni kerana Cinta memerlukan ketulusan hati.
Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan.
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan.
Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan.
Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif.
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu.
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan.
Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan.

Cinta milik Allah subhana w taala,
Allah memberikan cinta kepada hamba Nya untuk diberikan pula kepada hamba Nya yg lain,Mintalah hanya drpd Allah..bukan nya merayu pada hamba untuk meminta cinta dari nya..lurus kah??hihi

Indahnya ciptaan Allah yang satu ini kan?? Jadi hargailah ia. Jangan biarkan ia pergi kerana kita tidak tahu bila ia akan kembali .

3janji
Sudikah wak menjadi sahabat saya sebaik-baik sahabat saya
Sudikah wak menjadi kekasih saya sebaik-baik kekasih saya
Sudikah wak menjadi suami/isteri saya sebaik-baik suami/isteri saya

Jika 3janji ini sudah lengkap peganglah ia. Jangan lepaskan ia. Kerana 3janji ini adalah janji untuk kita hidup bersama dengan pasangan kita

~♥~...Ustaz Azhar Idrus kata,
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...

~♥~...Ustaz Mohd Kazim Elias kata,
 Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah kebaikan...

~♥~...IMAM MUDA Asyraf kata,
Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita... mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t...

~♥~...Ustaz Zamri kata,
Anda telah bersedia untuk bercouple jika niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara...

p/s : Kehadirannya satu kurniaan Allah.

 



sweeeetttt

C.I..N.T.A. M.E.N.G.I..K.U.T. B.U.L.A.N K.E.L.A.H.I.R.AN

Salam semua. Sambil mencari idea untuk menulis blog, tetiba terbaca benda ini plak. Syok plak bila baca ini. Aku nak kongsi ngan korang semua. Manelah tau kan boleh gunakan ini sebagai panduan untuk kehidupan korang. Ini sebagai panduan dan kita janganlah terlalu mempercayainya sangat. Selamat membaca ye:))


JANUARI
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

FEBRUARI
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

MAC
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

APRIL
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

MEI
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

JUN 
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

JULAI
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

OGOS
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

SEPTEMBER
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

OKTOBER
*Bulan Ini Milikku*~
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

NOVEMBER
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

DISEMBER
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu...(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan

p/s :http://lunaaini.blogspot.com/

July 14, 2012

L.O.V.E








































A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.

                                            YA ALLAH. . . .

Alhamdulillah. . hanya itu yang mampu ku ucapkan. .tiada kata lain yang mampu ku ucapkan. Aku bersyukur diatas semua yang diberi. Aku tahu setiap apa yang berlaku itu hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Tarikh 13.7.12 adalah tarikh yang tak mampu ku lupakan. Pelbagai kejutan yang terjadi pada tarikh itu. Tarikh ini membawa banyak erti dalam hidup ini. Aku tahu Allah itu tidak akan mensia2 kan usaha umatNya jika kita sebagai hambanya berusaha untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.