Nuffnang

August 18, 2013

H a r i R a y a ♥

Assalamualaikum 

Hari Raya Puasa ke 10. Bagaimana raya kawan-kawan semua? Pasti masing-masing ada cerita masing-masing kan. Begitu juga dengan hasni. heheh. Hasni nak kongsi dengan rakan-rakan semua tentang cerita hasni. Hasni beraya secara sederhana. Hasni bersama keluarga tersayang berhari raya bersama-sama, makan bersama-sama dan semuanya dilakukan secara sama-sama. Walau macam mana kita gembira, jangan kita lupa kepada teman-teman kita yang tidak senasib dengan kita. Kita doakan semoga mereka tabah melalui liku-liku kehidupan yang telah tertulis.  

Hasni sekarang berada di johor. Hasni dan teman-teman lain hanya bercuti selama seminggu je. Haha memang tak puas ok! Tapi apakan daya. Itulah yang harus dikorbankan oleh setiap pelajar. Nak berjaya kan. Tidak semudah yang disangka. Kita harus lalui bermacam-macam liku dan kesusahan sebelum mengecapi kesenangan pada masa hadapan. Orang yang berjaya mereka ada kisah susah mereka. Dengan kesusahan mereka itulah, mereka berjaya kini. Hasni berharap hasni akan turut jadi seperti mereka. Tidak banyak tidak mengapa, asalkan hasni tahu apa yang hasni mahukan di dalam hidup hasni. Hahah panjang lebar pulak hasni berceloteh kan? Maklumlah makan ketupat dan rendang banyak sangat, itu yang semangat terlebih pulak. Hheheh 

Cerita pasal ketupat, hasni tak sempat nak ambil gambar rendang, ketupat, lemang dan semua lah. Maklumlah perempuan duduknya di dapur. Tak sempat nak posing-posing kat ruang tamu dengan juadah yang tersedia. Tengok-tengok juadah raya semua licin. Memang terdiamlah tak mahu cakap pape. Hasni dengan muka tak puas hati diamkan diri sahajalah. Tapi tidak mengapa gambar tetap ada. Cuma posing-posing yang agak poyo jelah. Jadilah daripada tak ada langsung. Cerita pasal rendang ni, laparlah pulak. Malam-malam macam ini kalau dapat makan rata ayam rendang ke mesti sedap. Tapi hanya angan-angan jelah sebab hasni sekarang ada kat johor. Bermimpi dimalam hari jelah ye hasni. hehhe 

Hari Raya Pertama selepas solat sunat Hari Raya. Posing sekejap di perkarangan masjid 

Sepatutnya ada Majlis Hari Raya dengan classmate serta pensyarah pagi itu tp postpone petang pulak. Semua semangat pakai baju raya 

Berlapan. Lain negeri lain perangai lain asalnya. Tetapi kami punya satu tujuan disini ... 

Posing di tangga pun jadi jugak. Berwarna warni baju raya masing-masing.  

Orang kata muka bagi penampar namanya itu hasni. hahah. Sekali sekala. Jangan jeles ye. 

Penat posing berdiri kami posing duduk pulak. hehe macam-macam jelah 

Kakak kita yang duduk itu dah penat la tu. Mereka posing duduk je .. Tapi masih tersenyum 

Dah macam cicakman pulak. Melekat kat dinding sambil bergambar. Kasihan camera woman terpaksa mengambil gambar kami ni. Mesti tension je mereka itu. hehehe 

Sila-sila. Heheh itulah gambaran sue itu.  

hahaha comel-comel semua tapi hasni merosakkan gambar pulak. hahahah 

Calon-calon isteri mithali. Insyaallah ye. ewah-ewah. heheh 

Peas! Muka geram. hahah 

Bersama teman hasni yang ciut miut Hanis. Nama kami selalu tertukar  hasni dan hanis. 

Mulut memoncong je hasni ni.. 

Classmate hasni sedang menjamu selera. Jemput semua 

Hasni bersama yuhana dan alda 

Banyak kueh raya semuanya enak-enak belaka. heheh yang kecik molek tu anak pensyarah hasni. 

Hasni bersama meklin. Orangnya kurus dan tinggi. 

Perut kenyang senang hati. Inilah lab kami. Pinjam sebentar untuk majlis kami. Beralunan lagu raya. Sungguh meriah. 

Sweet couple in that day! Sedondon pula hasni dengan mat paling hensem di kelas hasni. Sangat teruja tau. 

Inilah pensyarah comel molek orangnya. Terima kasih puan kerana sudi masakkan untuk kami sempena Hari Raya ini. . luv u 

Macam-macam posing kami ini. hehe 

Memang tak pernah letih kami bila bergambar. heheh 

Pintu masuk Fakulti kami. Lelaki tengah sibuk bergambar. Perempuan pula jadi camera woman 

Hasni seorang. heheh 

Awek-awek yang comel ini kelas hasni juga. 

Hasni bersama ain. Sejuk je mata memandang ain lengkap dengan berjubah. Sesuai dibuat isteri ini. hehe 

Hasni dan meklin lagi. Manis orangnya. 

Classmate hasni 

Hasni dan datin. Gelaran yang diberi oleh mereka-mereka ini. Tunangan orang ini dan akan berkahwin tak lama lagi. hehe 

K A M I 

Posing lagi. Hasni letih berdiri nak duduk pula bergambar. 

Dah puas bergambar kami tengok balik gambar yang diambil. Semuanya sangat teruja. hehe 

Sopan je adik manis kita ini. heheh 

Semuanya senyum keriangan..

Ala-ala segan silu tapi tetap manis juga 

Jemput makan kueh raya semuanya 

Muka kekenyangan.. Tak mampu nak kata apa-apa 

Sedang bergambar ada pulak orang yang tidak diajak datang mengacau. hehe Suka suki hari raya 

Hasni dan mereka ..

Classmate hasni (Girls only)..  

Bergambar lagi. hehe 

Pensyarah muda dan disukai oleh pelajar perempuan. Termasuklah hasni. Tapi semua melepas sebab dia baru je kawen sebelum ramadhan hari itu. heheh Semoga bahagia ye encik. 

Ye semua berebut nak bergambar dengan pensyarah yang sporting dan pemalu orangnya. Tapi sangat baik tau. Untung sapa dapat kelas ngan dia 

Heheh semuanya cantik-cantik 

Bergambar lagi. . Senyum semua 

Adik bongsu hasni. Nakal dan pemalu. heheh 

Keluarga hasni yang tercinta 

Keluarga hasni dihari Raya ketiga 

Sakan berhari raya keempat 

Adik kedua hasni. Orangnya pandai dalam matematik. Insyaallah bakal engineer tak lama lagi. 


Ibu hasni tersayang. Kalau bergambar pasti mukanya berubah. Katenya tak pandai nak posing. 
 ♥ dp.