Nuffnang

September 22, 2012

K e h i d u p a n D I . .U

Salam semua. Hari ini hanya berehat dibilik. Lagipon hari ini aku berposa. Lebih baik habiskan masa dengan update blog. Rindunya kat keluarga aku. Rindu sangat kat mak dan abah. Sihatkah dorang? Lama lagi boleh balik. Tapi xpelah. Aku datang dijohor ini untuk menuntut ilmu untuk aku gunakan bila aku dah habis belajar nanti. Aku harap mak dan ayah sempat melihat kejayaan anak-anaknya nanti. Aku harap niat aku akan ku kotakan suatu hari nanti. 

Sudah 2minggu aku berada di UTHM. Tegar jugak aku berada ditempat orang ini. Alhamdulillah aku sihat-sihat saja disini. Walaupun aku rasa aku makin gelap, tapi xpelah berkorban cikit kan. Dalam 2minggu ini, aku berhadapan dengan macam-macam benda baru. Aku berhadapan dengan situasi kelas yg baru, kawan-kawan baru, assignment, kuiz, program uthm dan bermacam-macam lagi. Aku harap sangat aku akan cekal hati berada disini. Biarlah aku susah cikit kan. Tapi walaupun 2minggu aku disini, aku dapat belajar erti kehidupan dan insyaallah aku akan menjadi lebih tenang bila berhadapan dengan apa-apa situasi. 

Gambar adalah satu kenangan yang sangat indah untuk digambarkan. Macam aku ni akan jadikan gambar suatu pekara yang sangat indah kerana hanya gambar boleh menggambarkan sesuatu pekara atau perasaan kita ketika itu. Jom kita tengok gambar yang aku dan kawan aku amik. peace !

didewan yang sangat besar nilah kami melalui minggu haluan siswa/siswi. memang besh sgt!

perut dh kenyang dan ape lagi. amek gambar la kan. ni la classmate aku.

amboii posing xingat. hahha nilah aku. .

time ni baru balik kelas

aishh kawan aku ni mempunyai minat dan citarasa yang sama. tapi dye ni pchyco cikit. pon sama cm aku jgk. hehehhe

sementara menunggu prof datang. heheh amek gambar dulu oke!

kami ni mempunyai hobi yang sama iaitu snap picher!sbb tu la kami amek multimedia. hahah

bersama roomate ku yang sangat comel. .kitrg ingat nak me basikal tapi opis tutup plak. ape lagi amek gambar la kejap kan. .jadilah sbb frust xdapat men basikal

tudung biru tu aku dan pink tu adalah kembar aku. aishh member aku la kate kitrg punyer muka sama macam kembar. tapi sempat amek dri tepi je. .dari tepi pon member aku kate sama. nth la aku tengok xsama pon.

meriahkan suasana merdekaraya nie.!ramai gler orang kowt.last2 dapat makan sedap jugak. .berbaloi2 la walaupun kena beratur panjang

baru lepas balik dari merdekaraya, kami sempat amik gambar. dah la kene jalan kaki sebab bas xde.sob2 jela

candit picher

buhsan tengah tunggu bas kitrg amek gambar dulu

sempat ag abis kelas je terus amek gambar



September 9, 2012

K e h i d u p a n M H S ♥

Salam Syawal wahai pembaca semua. Tidak terlewat lagi untuk aku mengucapkan salam syawal kepada semua. Dihari syawal yang ke berapa ea nthla tapi pape pon selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin ye. . Hari raya tahun ini disambut dengan sederhana. Alhamdulillah berkumpul bersama keluarga tercinta dan orang tersayang. uppss ada ker?hahahha poyo je lebih. 2.9.12 adalah tarikh keramat bagi aku kerana aku telah menyambung pengajian aku keperingkat sarjana muda dalam sains komputer (pengkomputeraan multimedia). Alhamdulillah tidak terkata syukur yang mampu ku ucapkan. Tidak pernah aku terfikir dalam benak fikiran ini aku akan menyambung pengajian aku keperingkat sarjana muda. Tapi ini impian aku sejak dibangku sekolah lagi. Dulu aku selalu berangan seperti orang lain. Inginkan sesuatu yang lain dan ingin membantu orang lain. Tetapi dengan ilmu sahaja aku dapat membuat demikian. Dan aku telah berjanji pada diri kecilku ini akan ku genggam segulung ijazah untuk merealisasikan impian ini. Dan hari ini aku telah melangkah satu peringkat dimana aku sekarang berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Aku menyambung pengajian aku di dalam sains komputer (pengkomputeraan multimedia). Aku tahu sewaktu aku membuat keputusan ini, aku berasa berat hati sangat. Aku sekali lagi terpaksa menyusahkan mak dan ayah aku. Maafkan anak mu ini wahai mak dan abah ku. Aku tiada pilihan lain. Hanya dengan cara ini sahaja aku mampu merealisasikan impian aku. Aku inginkan mak dan abah merasa kesenangan dengan titik peluh aku sendiri. Aku hanya menangis sendirian sewaktu membuat keputusan ini. Aku gembira tapi pada masa yang sama aku ase berat hati sangat. 

bersama Bella & Ika didewan baru UTHM

bersama Bella & Ika di masjid

mai kita berexplorace . . .hehehhe

Berposing2 dulu oke. .hehe
Seminggu aku telah menginap di Kolej Kediaman Tun Dr Ismail. Inilah tempat aku menginap sepanjang tahun pertama di Universiti ini. Sewaktu pendaftaran, Mak dan Abah menghantar aku. Aku gerak hari sabtu dalam kul 3petang. Tempoh perjalanan adalah selama 4jam. Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Johor Darul Takzim. Lain sangat rasanya berbanding tempat sendiri. Tapi untuk cita-cita yang aku inginkan, aku terpaksa berkorban semuanya.Aku menginap di Blok b dan telah berkenalan dengan kawan-kawan seroomate aku yang terdiri daripada herni, bella dan ika. Dorang memang oke dan sporting!

 Herni, Bella, Hasni & Ika
Pengalaman sepanjang Minggu Haluan Siswa memang tidak dapat ku lupakan. Ahad bersamaan 2.9.12 telah bermulanya MHS. Tidak sempat berehat mahupun tidur yang cukup, kami dikehendaki melakukan bermacam-macam aktiviti. Sepanjang MHS, kami hanya tidur selama 2jam sahaja setiap hari. Memang mengantuk sangat!Badan terasa lemah dan longlai. Tetapi aktiviti yang dijalankan sangat best!Yang paling menyeronokkan kami telah mendapat kunjungan dari Dato' Hishamuddin dan Dato' Khalid Noordin sewaktu minggu MHS. Inilah pertama kali Program MHS mendapat kunjungan dari menteri. Heheh memang sangat seronok kerana aku dapat melihat pemimpin ku depan mata ku sendiri. Tiada sifat sombong dan sangat mesra kepada rakyatnya. Kenangan ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Insyaallah akan ku semadikan ia didalam kenangan terindah didalam hidupku. . .