Nuffnang

June 24, 2012

P.e.r.e.m.p.u.a.n. M.e.n.i.l.a.i. L.e.l.a.k.i

Bagaimana perempuan menilai seorang lelaki??
soalan ini sebenarnya tidak susah kerana semua perempuan inginkan lelaki
mempunyai sikap baik. Tapi jawapan itu sudah terlalu biasa untuk diperkatakan.
Ramai sebenarnya lelaki diluar sana yang mempunyai sikap yang baik. Tapi adakah
cukup sekadar baik? Kadang-kadang lelaki boleh menyimpan sikap sebenarnya. Atas
sebab apa mereka melakukannya, jawapannya ada pada lelaki itu. 





Perempuan adalah seorang insan yang istimewa yang telah diciptakan oleh Allah.
Setiap perempuan itu harus ada pelindungnya. Pelindung yang dimaksudkan adalah
seorang lelaki. Ramai lelaki yang mengatakan perempuan ini sukar ditafsirkan dan
sukar difahami. Aku pun kadang-kadang mengiyakan apa yang ditafsirkan lelaki
kepada perempuan. Tapi perempuan ini mempunyai sikap yang berbeza-beza. Setiap
perempuan keinginannya lain-lain. Jadi lelaki harus mengetahui dahulu sikap
dan perangai seorang perempuan itu





Seperti aku seorang perempuan juga mempunyai keinginan terhadap seorang lelaki.
Dari pengalaman aku, lelaki ini sikap mereka lain-lain. Tapi cukuplah lelaki itu
seorang yang jujur dan seorang penyabar. Ramai lelaki yang aku jumpa seorang yang
panas baran dan tidak jujur. Tapi tidak semua ok. Yelah mana tak nya
kadang-kadang itu aku tengok dia dah ada gf, tapi dengan perempuan lain kata xdelah,
sapa la nak sukakan saya ini, muka pon xhensem dan perempuan pon cair.
Hmm betul x?Jadi susah sangat nak tahu lelaki itu jujur atau x sebenarnya.
Sikap panas baran ini memang sikap yang sangat ditakuti oleh semua perempuan.
Jadi lelaki yang suka marah-marah itu, mintak tolong buang jauh-jauh ye sikap itu



Romantik???wahhhhhhh so sweeeettt.. Satu keistimewaan kepada perempuan yang
dapat lelaki yang romantik. Tapi ingat ye lelaki ada juga perempuan yang tidak
suka lelaki yang terlampau romantik ini. Cukuplah sekadar sederhana.heheh
Hadiahkanlah benda-benda yang disukai oleh perempuan terutama dihari yang
penting seperti hari jadinya. Perempuan akan mudah tersentuh jika lelaki berbuat
demikian. Tidak lupa juga ayat-ayat cinta yang puitis. Pasti perempuan akan
tersenyum membacanya dan cair.hehheh



Bersahaja. Apa sebenarnya maksud bersahaja itu? Bersahaja itu adalah jadi diri
sendiri dan tidak hipokrit. Ramai lelaki yang akan jadi orang lain bila keluar
dengan orang yang disukainya. Alasannya mahu menjaga hati perempuan dan mahu
mengikut sahaja kata-kata perempuan itu. Hmm ini lah masalahnya. Perempuan
sebenarnya tidak suka begitu. Perempuan akan jadi tidak selesa bila keluar dengan
lelaki itu. Perempuan mempunyai satu naluri yang boleh merasakan lelaki itu
sebenarnya lelaki bagaimana. Tidak perlu jadi orang lain. Jadi diri sendiri itu
lebih baik.





Setia.Setiakah anda?Perempuan sayangkan lelaki yang setia. Tapi tidak ramai yang
begitu. Nak-nak lagi peratus perempuan sekarang lebih ramai berbanding lelaki. Tapi
ingatlah wahai perempuan lelaki yang setia adalah lelaki yang baik sebenarnya. Begitu
juga dengan perempuan. Perempuan yang setia adalah seorang perempuan yang baik.
Perempuan sukakan lelaki yang setia kerana lelaki yang setia adalah lelaki yang
hanya sayangkan seorang perempuan dan tidak akan berpaling cinta kepada perempuan
lain.



Mengambil berat adalah sikap yang paling perempuan suka. Sikap ini boleh dilihat
dari segi tingkah laku lelaki kepada perempuan. Perempuan akan beranggapan lelaki
yang suka mengambil berat adalah lelaki yang sangat prihatin dan tidak pentingkan
diri sendiri.


Matang. Setiap lelaki harus matang dalam segala hal. Sikap kebudak-budakan yang
terlampau akan membuatkan perempuan cepat menyampah dan meluat. Lelaki harus
pandai membuat keputusan dalam segala hal dan mempunyai fikiran yang luas. Tapi
ingat jugak kadang-kadang jangan terlalu membuat keputusan tanpa berbincang dahulu.
Kadang-kadang kita perlukan pendapat orang lain untuk membuat keputusan.Jadi
ia harus sama rata.



Bertanggungjawab. Sikap ini harus ada pada semua lelaki. Lelaki adalah ketua
keluarga dan harus memikul tanggungjawab yang besar. Ingat perempuan
tidak suka lelaki yang gunakan duit perempuan untuk kepentingan diri mereka
sendiri. Perempuan adalah tanggungjawab lelaki dan perempuan harus dilindungi
bukan untuk dipergunakan.


K.e.k.a.s.i.h G.e.l.a.p .k . u .u

 

Lirik Lagu Ungu – Kekasih Gelapku
***
Kumencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Ha…, ha…
Kutahu kutakkan slalu ada untukmu
Di saat engkau merindukan diriku
Kutahu kutakkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku
Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari s’lama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku…, haa…Hidupku…haa…
Bakc to: ***
Cod:
Kekasih gelapku… hu…

p/s : Lagu ini sangat bererti buat diri yang bernama Nurhasni. Lagu ini telah lama aku semadikan sejak lepas SPM lagi. Jika aku dengar lagu ini, aku akan menangis mengenangkan si dia. Sihat kah dia??Dia la lelaki yang pertama mencuit hati ini. Walaupun aku dan dia tidak lagi berhubung, tapi aku tidak pernah lupakan dia walau sesaat. Dia lelaki yang amat istimewa dalam diri ini. Aku doakan dia gembira bersama dengan orang yang dia sayang. Walaupun aku pernah bercinta tapi tidak sama dengan insan ini. Sehingga sekarang masih belum ada yang menggantikan dia dalam diri ini. ~~~

June 23, 2012

G.e.m.u.k.?? x.N.A.K.K.K.K.!!

Tye la semua perempuan pasti mereka mahupun badan yang kurus dan tak mahu gemuk!kebanyakan perempuan takut gemuk, yelah mana tak nya kang xmuat nak pakai baju yang cantik2. hehehh betul x?takut xlaku la. n bla2. .heeehhe. lagipon kebanyakan orang yang berbadan besar atau gemuk ini selalunya mereka kurang keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai. hah xpe jangan risau, aku akan tolong korang untuk kuruskan badan dengan cara sihat. dan jangan sesekali menggunakan jalan pintas oke!maksud aku ialah jangan memakan ubat kurus kerana ia tidak baik untuk kesihatan. kesannya adalah untuk sementara sahaja tapi kesan yang berpanjangan banyak kepada keburukan. aku cakap berdasarkan kepada fakta kerana kawan aku adalah salah seorang yang memakan pil kurus dan sekarang mengalami komplikasi akibat daripada memakan ubat kurus itu. semua yang kita ingin lakukan mestilah dengan usaha dan kesabaran. dan jangan sesekali mengalah oke.:) ni adalah tips-tips yang aku boleh share dengan korang 


1. Gaya Hidup yang sihat.

Ada kajian yang mengatakan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama 2jam sehari secara berterusan boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan
Amalkan bersenam paling kurang 3kali dalam seminggu. Tak kisahlah senaman apa pun, asalkan korang keluar peluh dan amalkan minum air kosong 8gelas sehari




.
2. Cukup tidur.

Tidur adalah pekara yang sangat penting.Tidur yang paling ideal ialah 6-8jam. Korang kena jaga masa tidur korang secara teratur supaya tidak mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa korang tidur akan mengawal kadar selera makan dan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh korang.
Jadi korang kena pandai tetapkan masa waktu untuk tidur supaya korang tidak mengalami kurang tidur. 




3. Genetik dan faktor keluarga.


Masalah ini banyak berlaku apabila mak dan ayah berbadan besar, anak2 nya turut mengikut berbadan besar. Tapi jangan jadikan itu sebagai alasan sebab pekara yang mustahil itu kadang-kadang boleh terjadi.
Contohnya kurangkan makan nasi dan gantikan ia dengan roti. Amalkan senaman yang kerap dan kurangkan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi. Kurangkan makanan ringan seperti keropok,gula-gula dan coklat.
Kajian mendapati genetik mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh kita. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh dan ia bergantung kepada faktor keluarga dan genetik.




4. Ubat-ubatan.

Ubat yang korang gunakan juga boleh mempengaruhi risiko pertambahan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
Sekiranya ingin memakan sebarang ubat/pil kurus adalah dinasihatkan supaya meminta nasihat dari doktor yang bertauliah




5. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat korang berada pada BMI atau berat normal yang ideal, korang perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh korang berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang korang perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti seharian korang
Justeru, pastikan bahawa korang sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh korang dan banyakkan aktiviti riadah yang sihat.



June 10, 2012

K.e.n.a.n.g.a.n. . .

aku sayang kawan-kawan aku!!!dimana kamu semua????rindunya kat korang. . .pasti masing-masing ada kawan masing-masing kan. . maklumlah kita kene ada kawan kalau tak jadilah katak dibawah tempurung. . .seberapa ramai pon kawan2 kita itu, terpulang pada diri kita bagaimana kita mencari kawan. . .bila tengok balik gambar-gambar lama, banyak kenangan yang datang balik. . .terasa rindu sangat!!hmmm kenangan itu ada yang manis dan sebaliknya. . .tapi itu semua tidak kisah sebab kenangan itu membawa kita kepada pengalaman hidup yang sangat bermakna. . .pengalaman itu tidak boleh dibeli tapi hanya boleh dirasai oleh orang yang mengalaminya. . .hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu dan memahami erti kenangan itu. . .aku nak imbau kenangan lalu untuk pembaca semua~~

dorang sume budak kelas aku batch 2007-2009. . .sume memang sempoii. . .tapi sekarang masing-masing dah ada hidup masing-masing. .ada yang dah dpt kije gov, dh tunang dan ada jugak yang aku xtaw kabar berita dorang. . .tapi mengenali dengan dorang ini adalah satu anugerah. . .mengenali dorang ini memang amat berharga. . aku amat berharap ikatan persahabatan tak akan putus sampai bila-bila. . hmm insyaallah. . 


dorang ni geng2 aku time kije kat CIMB kat wangsa maju dulu. . .dorang memang sempoi. . .walaupun umur masing-masing len2 kecuali yang lelaki itu, tapi kitorang macam sebaya. . .dorang xpenah lokek nak bantu pape kalu diminta. . .rindu sangat sama dorang. . .aku harap dorang xpernah lupakan aku. . .yg pasti berkawan dengan dorang semua memang seronok sangat!!






hah yang sengal2 ini adalah kawan2 aku time kije kat secret recipe kl sentral. . .masa ini kitrg ada family day. . .jadi semua staf turun dan bersuka ria bersama-sama tajaan bos kami. . .dorang ini memang happening gile!walaupun masing-masing dari pelbagai identiti, tapi masing-masing xpenah sombong atau membanggakan diri. . .bila kami disini kami semua sama. . .tapi skank xkeje kat sana dah. . .tapi kitrg masih keep in touch lagi . . dorang memang best!


Inilah pertama kali aku sampai kat sini. . .kebetulan aku ade kursus 3p anjuran kementerian politeknik, kami dihantar ke ipoh untuk menjalani program ini selama sebulan. . kebetulan kami dah habis program 3p, jadi kami amek kesempatan untuk pergi berjalan-jalan dikawasan ipoh. . .seronok jugak bermandi manda di lost world tambun ini. . .memang seronok sangat masa itu. . hilang semua tension belajar. . .hahhahah tapi xsangka plak aku akan ke ipoh jugak selepas itu. . .rezeki kan. . .:))


tak sangka akan bertemu dengan dorang semua balik . .kebetulan ada wedding mmber dan kami terserempak disitu. . dorang ini kawan sewaktu sekolah rendah dulu. . .skank masing-masing dah besar. . .heheh tapi dorang tetap sama macam dulu. . .seronok sangat dapat bertemu kembali dengan dorang. . .dorang ni semua dah berpunya. . yang kanan sekali itu dah kawen dan mempunyai seorang bby girl yang sangat comel. . sebelah dia itu dah jadi tunangan orang dan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. . begitu jugak dengan sebelah aku itu. . .hmmm aku aje yang masih solo dan tak laku. . .huhuh ayat pedas seyh. . .


inilah temanku yang paling best!kami memang ditakdirkan untuk bertemu kerana masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing dan kekurangan masing-masing. . .masing-masing saling melengkapi antara satu sama lain . .kejujuran dan keikhlasan yang merapatkan kami. . kami tak pernah mempunyai sifat yang negatif antara satu sama lain . . .aku sayang korang sangat2!!!


heheh ini adalah hari bersejarah buat diriku. . .hari konvokesyen di psis sewaktu penganugerahan sijil politeknik . . .hehehhe alhamdulillah selesai sudah pembelajaran aku disini. . .angan-angan aku ingin memakai baju jubah ini akhirnya termakbul jua. . .alhamdulillah . . .ini semua berkat doa ibu bapa ku, kawan2 dan usaha keras aku. . .heheheh


ni mok namenya. . heheh bff aku di puo. . kitrg memang rapat sangat!masing-masing saling memerlukan . . kami memang xpernah berenggang tapi kami slalu gak bergado. . tapi gado pon xlama. . kami pasti berbaik balik. . .seronok dapat mengenali beliau yang bernama nurul zahidah binti mohamad. . bila aku sedeyh dia selalu ada disisi aku . . .thankz mok!syg ko!!:))


ini teman-teman ku di puo. . .memang happening gile dorang sume. . .time ini kitrg kua lepak sama-sama main bowling. . .memang satu hari lepak bersama. . .masing-masing berasal dari len2 tempat. .aku banyak belajar tentang berbagai-bagai budaya dan bahasa khususnya negeri perak . .Pengalaman ini memang amat berharga sekali. . .


kechik, mok & dot nama diberi. . .kami sekawan yang gila. . .kami berkenalan di puo . . dorang ber2 memang dh kenal sewaktu belajar di poly penang. . .kire aku orang baru antara mereka la. . .hehehhe. . aku rasa seronok sangat dapat berkenalan dengan mereka ber2. . .mereka memang best!hehehe juga bff yang best@@


yuhuuuu percutian di taiping bersama budak2 kelas. . .bermandi manda dan barbeque. . .memang best!!tempatnya yang cantik dan indah memukau kitrg semua. . .kecantikan semulajadi yang sangat memukau kami semua terasa macam nak duduk kat situ. . . .air terjun yang jernih dan tempat yang sangat bersih menyamankan lagi suasana di situ. .  .rasa macam nak g lagi jer!!hhehhehe


wahhh dah penat bermandi manda tibalah masa untuk melantak!!wahhhhh mmg masa yang ku tunggu2. .  .sedapp gila kowt dapat makan mee udang. . . .kenyang gler memang xingat. . .jemput2 makan semua. . .hehehehhe


spe nak kawen nie??ehehehe cuak sume!ini adalah hantaran untuk pihak perempuan dari pihak lelaki. . ni majlis abg mok . . kami sume tolong pegang je. . .majlis ini dekat ipoh je. . .meriah majlis ini. . .tetiba ase nak kawen jugak. . .hahahha. . .



gambar ini sangat bermakna dalam diri aku. . . akhirnya selesai salah satu cita-cita yang aku impikan selama ini. . .alhamdulillah. . .banyak dugaan dan cubaan yang aku alami untuk sampai ketahap ini. . tapi aku xpernah kenal erti mengalah. . mereka banyak membantu aku dalam kejayaan ini. . .aku bersyukur sangat2. .  bila kita berjauhan dari keluarga, teman la tempat meluah segala masalah dan berkongsi suka dan duka. . .dan itulah yang aku lakukan. .  aku bersyukur punye teman seperti mereka. . .. 











June 9, 2012

M.a.l.a.y.s.i.a B.o.l.e.h!!

Bola!!!!!!
baru lepas tengok bola tadi antara malaysia dengan singapura. . .haishhh mula2 memang rasa gembira sangat sebab malaysia dapat 2gol. . .rasa lega sangat yelah mana tak nya dalam masa beberapa minit je malaysia boleh  masukkan 2gol. . cayalah malaysia! tapi lepas beberapa minit je singapura masukkan 2gol jugak sebab dapat free kick!huhu ref memang xadil. . .tapi aku bangga dengan pemain bola sepak malaysia sebab dorang main dengan baik sekali. . . .walaupun seri tapi bagi aku malaysia tetap pemenang !!go go go Malaysia!! kita nantikan perlawanan di malaysia plak nanti. . .aku harap ref bukan dari hong kong. . .huhuhu pertahankan pasukan malaysia!!cayyoookkk!!!




June 8, 2012

B.a.j.e.t. B.e.l.a.n.j.a K.a.h.w.e.n.

wahhh banyaknya bajet nak kawen kan??saja nak share kat korang . .dalam usia aku sekarang ini memang dah  layak berkahwin . .tapi jodoh xsampai lagi . .jadi hargailah setiap hari yang ada itu. . .hargailah masa solo ini kan. . .ramai yang cakap zaman berumah tangga ni best???hehhh mungkin seronok sebab ade yang mnjaga kita kan. . .nth la xtaw la. . .kalo nak taw kene kawen dulu kan?hahhahah. . .tapi bila tengok bajet belanja kawen nie ase macam salah je amount dye. .yelah mane tak nya sekarang sume benda dah mahal . .nak masuk toilet pon kne byar 30sen. .itupun yang paling murah pon kan!!nak2 lagi kat kl ni. . kadang-kadang ada yang sampai 1rnggit semata-mata nak masuk toilet. . huhu rasa macam xberbaloi jer. . kalo rasa nak bdget jangan g toilet awam. . nak toilet balik umah ea!hahahha tiba-tiba teringat plak movie man sewel datang kl. . .cerita itu masih ada dipawagam lagi. . belum terlambat lagi kalau nak g tengok. . .hmmm susah la macam itu kan. .semua nak kne budget!! .confirm rmai kne batu karang sbab tahan kencing!hahahhahah 

Semua orang pasti nak kahwin kan??hehehe . .tapi ingat snang ke nak kawen??sume nak kne pk terutamanya bajet nak kawen ni!belum termasuk lagi wang hantaran kawen kan. . tapi aku nak kawen!!hahhahaah. . tapi itu semua boleh diusahakan. . tapi siapakah bakal suami aku??hmm takutnya bila fikirkan semua ini. . .harap-harap biarlah orang itu yang boleh menerima aku apa adanya dan menerima keluarga aku seadanya. . .pease (#_#)

Bertunang??ikatan ini adalah ikatan sebelum diijab kabulkan antara lelaki dan perempuan. . .ramai yang kata xpayah tunang sebab banyak halangan dan dugaannya. . ada juga yang kata kalau nak tunang jangan lama-lama nanti hati cepat berubah. . .mcm2 andaian orang kat lua sana kan. . .tapi itu semua bergantung pada diri kita dan pasangan kita. . .yang penting kepercayaan antara pasangan itu penting. . .kalau rasa xnak tunang, jangan tunang. . .lagi senang kan. . .jimat duit!hehehhe betul x?hehehheh yang penting ijab kabul. . .hahhaha yang penting laku kan!

Allah itu dah janji setiap orang ada pasangannya. . cuma masa dan tarikh je kita xtaw. . .yang penting kita jangan pernah lupa kepadaNya . . .Aku selalu berpegang kepada ayat ini. . 
Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah xakan menduga umatNya semampu mereka. . 
Jadi lambat atau cepat jodoh itu pasti ada hikmahnya. . Jangan kita berkecil hati atau bersedih kerana xde bf, tunang, suami/isteri . . .Itu semua pasti ada hikmahnya. . .Dan jangan sesekali menyalahkan takdir. . .