Nuffnang

February 22, 2013

New LIFE ♥

Assalamualaikum
Selamat kembali belajar ye cik Nurhasni  . .seminggu sudah hasni berada di UTHM. Perasaan nak bermula belajar itu memang sejujur-jujurnya tak ada lagi. Tapi itulah di katakan kehidupan. Masa tidak akan menunggu kita wahai kawan-kawan. Tapi kita yang harus mengejar masa itu, jika tidak mahu ketinggalan di belakang. Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan 2 tahun 2013. Tidak sedar kan masa berlalu begitu cepat sekali. Pengajian pun sudah bermula. Bila nak habis belajar ini. Sudah terasa tua !hahahah. Sahabat ku Mira sudah pun selamat melahirkan baby girl. Seronok rasanya dan sudah bermula tanggungjawab yang besar iaitu sebagai seorang ibu. haha tetiba rasa touching2 plak kan.

Sem ini aku masih dengan roomate yang sama . Tapi bilik saja yang lain. Oke la kan. Hasni sangat berharap sem ini akan menjadi lebih baik dari sebelum ini. Bukan bermakna sem lepas tidak seronok tapi hasni amat berharap sem ini akan menjadi lebih baik dari sebelum ini. Insyaalah doakan hasni ye :) Tapi hati ini terasa amat risau. Keyakinan dalam diri ini turun naik. Kadang-kadang terasa yakin dengan diri sendiri, tapi kadang-kadang keyakinan itu hilang serta merta. Hasni bukanlah pandai seperti kawan-kawan yang lain, tapi hasni akan berusaha semampu hasni. Pendek kata biasa-biasa aja. hehe

Tiba-tiba rindu kat mak dan abah . Hasni berharap mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya . Hasni hanya mampu mendoakan mereka dari sini. doakan anak mu ini menghabiskan pengajiannya dalam masa yang telah ditetapkan . Tak akan masa tambahan. Mintak-mintak dijauhkan.

Sekarang hasni ada kelainan dalam kehidupan hasni. Hasni pakai braces . Susahnya nak makan itu ini. Semuanya kena berpantang. Sampaikan ramai yang tegur badan hasni dah susut. Ada itu yang kata hasni patah hati ke ?putus cinta ke ?diet terlebih ker ?suksis dera hasni ker ? Wah macam-macam andaian yang dorang buat. Hasni hanya tersenyum saja. Insyaallah dalam masa 2 tahun hasni pakai benda itu. Memang kena jaga semua lah. . Maklumlah orang baru nak pakai. .


♥ dp...