Nuffnang

March 8, 2012

S.e.l.a.m.a.t. H.a.r.i. W.a.n.i.t.a.

hai sume :) Selamat hari wanita untuk semua wanita di malaysia serta didunia. . .
Wanita diibaratkan seperti bunga ros merah yang wangi,  sentiasa cantik dan sangat istimewa bagi orang yang memilikinya . . .


Wanita 
adalah insan yang sangat istimewa . . 
Kecantikan wanita terletak pada kejernihan wajahnya. .  .
Wajah yang ayu dan sedap mata dipandang adalah pilihan semua kaum lelaki . . .
Kemanisan wanita kerana kesenyumannya yang sangat indah . . .
Ia tidak boleh dibuat-buat kerana kemanisan itu lahir dari hati yang tulus dan suci . . .
Keayuan seorang wanita kerana keserhanaan lahiriah nya. . .
Wanita harus bersikap merendah diri dan sering menjaga tingkah laku walau dimana pun dia berada. . . . 
Kehebatan wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang tegah . . .
Wanita harus menjaga solatnya dan sering mendekatkan diri kepada Allah . . . 

Wanita . .
kamu hiasilah peribadimu dengan akhlak yang terpuji dan itulah ciri-ciri seorang muslimah sejati
Wanita . . 
Kecantikan wanita tidak akan bererti tanpa akhlak dan perilaku yang mulia

Wanita . . .
Kelembutanmu tidak beerti kamu tidak bererti kau mudah dijual beli 

Wanita . . .
Kelembutan bukan hiasan dan bukan jua kebanggaan tapi kau adalah sayap kiri pada suami yang sejati

Wanita . . .
Disebalik bersih wajahmu 
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia Agung yang tersembunyi dalam diri dan itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi 

Tahukah kamu wahai kaum ADAM . . .
Wanita adalah kaum yang paling cepat menangis berbanding lelaki dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan mereka menangis dan tertawa bila mereka mampu
Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki . . .
Tanpa pelita ini,maka gelap la kehidupan kaum lelaki . . .

Wanita . . .
ingatlah emas permata bukanlah yang mempercantikkan anda 
Malah yang mempercantikkan anda adalah akhlak dan kekayaan anda adalah etika anda

Wanita . . .
Diri kita diibarat seperti intan dan berlian 
Selagi ia disimpan dan dijaga rapi, maka nilainya juga menjadi lebih tinggi dan mahal harganya
Jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalanan yang terdedah dan dipegang-pegang
Dan akhirnya menjadi rosak dan basi 

Wanita . . .
Peliharalah aurat dan maruah dirimu

selamat hari WANITA SEDUNIA ♥ ♥ ♥




No comments:

Post a Comment