Nuffnang

January 20, 2012

O.r.a.n.g..y.a.n.g..m.e.n.c.i.n.t.a.i..k.a.m.u..


tangisan jangan dibiarkan . . . 


*Pernahkah kita bertanya, di mana ada nilai erti kasih yang telah bersemi? Dan hadirnya adakah sekadar mengisi ruang ruang kekosongan atau sekadar sandaran hati?

*Kita punya hati dan akal untuk menilai sejauh mana sekuat nalurinya untuk menakluk hati kita..

*Kita punyai jiwa yang ada rasa untuk menjarakkan perbezaan palsu dan keaslian hati.. Mungkin kita salah di dalam menilai, dan kita telah kehilanganya..

*Mengaku sahaja kamu telah membiarkan seseorang yang amat menyintaimu itu telah pergi.. Setelah semakin lama semaki terhakis rasa di hati, membuatnya si dia mulai rasa pudar..



*Hidup kita sering saja didatangi kenangan masa lalu.. Yang sering saja berganti dengan suka duka dengan seseorang yang pernah hadir pada hidup kita.. 


*Kadang kita tidak pernah tahu menilai erti perasaan yang hadir.. Dan sering saja kita salah dalam menilai erti rasa itu..

*Manusia kadang salah dalam menilai kejujuran dari sesorang.. Dan ada kalanya bertindak di luar perasaan apabila apa yang diimpikan tidak tercapai..

*Dan kadang kita bodoh dengan mencintai orang yang meninggalkan kita tapi meninggalkan orang yang mencintai kita..

*Dan kadang kita terlalu ego untuk menyatakan cinta pada orang yang mencintai kita.. Kerana kita selalu yakin si dia akan selalu berada di sisi kita.. Terlalu yakin sedangkan orang yang mencintai kita juga mempunyai perasaan dan jemu.. Takkan si dia akan selalu menunggu dalam penantian yang samar.. Dan bagi aku, rasa itu akan pudar dan hilang di mamah dengan kekecewaan dibiarkan menjadi tanda tanya..

*Orang yang menyintaimu akan selalu berada bersama kamu walau bagaimana caranya.. Jika kamu di dalam kesunyian yang panjang, si dia akan segera bersamamu menemanimu.. Si dia takkan berfikir panjang untuk meluangkan masa denganmu.. Hanya sekeping sms kepadanya, cepat si dia akan return call dan berborak denganmu.. Si dia akan melayan karenahmu hanya untuk memastikan kamu tidak sunyi, sepi, boring, bosan dan sebagainya..

*Apabila kamu dalam kesedihan dan terasa amat memerlukan seseorang.. Dia akan selalu ada.. Dia akan sama sama menyelami perasaanmu.. Hadirnya bukan saja membuatkan kamu terasa hilang kesedihan malah kamu akan menjadi happy.. Kadang dia jua akan menanggis bersama kamu.. Orang yang mencintaimu jua akan menyayangimu.. Itulah dia, selalu ada tika dalam kesedihan..

*Kadang orang yang menyintaimu, melakukan beberapa perkara yang agak sentiasa menghubungi kamu.. Sebagai contoh, si dia akan sms berkali kali.. Akan call kamu walau kamu tidak menjawapnya.. Tanpa ada rasa jemu dan lelah, dia akan selalu mengucapkan selamat pagi, bertanya sudah lunch good night dan sebagainya.. Kadang sehari mungkin berkali kali call dan beratus ratus sms.. Kadang melalui YM, chat Fb atau sebagainya.. Semua perkara dia nak tahu.. Memang merimaskan..


*Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.. 

*Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak biasa berulang selalu..

*Dan orang menyintai kamu tidak akan mengungkit atas apa yang telah dia lakukan selama ini.. Kadang dia emosi mungkin si dia dalam merajuk atau marah pada kamu..

*Walau kamu sudah mempunyai teman istimewa, orang yang menyintai kamu tidak pernah ambil peduli.. Baginya selagi kamu belum sah di akad nikah, selagi itu dia akan bersungguh sungguh merebut untuk bertakhta di hati kamu.. Baginya kamu tetap bahagia dan selalu di hatinya..

*Si dia akan membuat pelbagal alasan untuk bertemu denganmu.. Kadang alasannya tidak munasabah.. Sanggup si dia akan menunggu kamu di depan rumahmu.. Jika jauh dia sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit asalkan dapat bertemu kamu.. Dan pada masa hendak pulang, kamu perasan atau tidak, hatinya sedih kerana akan berpisah.. Dan kadang si dia selalu ucapkan terima kasih sudi luangkan masa dan bertanya tarikh seterusnya untuk bersua lagi.. 

*Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kamu berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu, kamu akan mengetahui dia adalah cinta yang tidak pernah kamu sedari..
Itulah kita, telah hilang mata yang sudi memandang.. Hati yang sudi dikongsi.. Suka dan duka, dan berjanji sumpah setia untuk hidup hingga tutup mata setelah menjadi halal pada hubungan

Read more: http://www.sentuhanmaya.com/2012/01/orang-yang-menyintai-kamu.html#ixzz1jywxmx3E

No comments:

Post a Comment