Nuffnang

October 21, 2013

F o k u s k a n D i r i ♥

Assalamualaikum 

Hari ini hari ahad. Malam sudah menjelma. Mata pun dah bukak tutup bukak tutup. Padahal dah tido dah tadi. Banyak benda nak kena settlekan . Hasni berasa sangat gembira kerana mendapat teguran dari seorang kawan. Terima kasih kawan! Dia kata hasni kurang fokus dalam study dan mintak hasni lebih fokus. Ye mungkin betul juga. Hasni banyak berangan dari fokus. Itu adalah hobi hasni. Heheh. Kantoi sudah. 

Insyaallah hasni ambil teguran itu sebagai motivasi diri untuk menjadi lebih fokus selepas ini. Ya allah masih ada kawan yang ingin tegur diri ini. Terima kasih ya allah. Tahun 2 menjadi-jadi assignment dan projek yang perlu diselesaikan. Tekanan bertingkek-tingkek. 

Ya allah berikanlah hasni kekuatan untuk melalui hari-hari hasni disini. Hasni insan yang lemah. Hasni tiada apa-apa tanpaMu Ya allah. Hasni harap hasni menjadi hasni yang lebih baik dari hari ke hari. Hasni sangat sayangkan ibu dan ayah hasni. Setiap apa yang hasni lakukan, hasni akan ingat pada mereka. Merekalah kekuatan hasni disini. 

 Motivasi untuk Hasni 
 ♥ dp.

No comments:

Post a Comment