Nuffnang

May 2, 2013

Coretan dP ♥

Assalamualaikum

Hari ini sudah masuk bulan 5 . Bulan baru diharapkan semuanya juga baru dan pekara yang berlaku juga mampu memberi kita inspirasi dan kekuatan untuk kita melalui hari-hari kita.

Walaupun hari-hari yang hasni lalui setiap hari hampir sama, tapi ia tidak sama dengan yang ini. Hasni tidak tahu kenapa dan mengapa semua ini berlaku. Walhal semua yang hasni buat selama ini tidak menggangu sesiapa pun. Hasni kadang-kadang terfikir kepada diri sendiri kenapa orang lain selalu tidak berpuas hati dengan hasni. Silap hasni kah? Jika silap hasni harap dimaafkan. Hasni hanya manusia biasa. Tapi hasni bermohon agar janganlah teruskan semua ini. Hasni tahu Cuma buat-buat tak tahu je. Hasni tak nak fikir. Hasni selalu bermohon kepada Allah agar hasni terhindar dari sifat dengki dan sifat-sifat buruk kepada orang lain. Setiap malam sebelum tidur, hasni selalu berdoa semoga Allah bersihkan hati hasni agar terhindar dari pekara-pekara yang membuatkan hasni buruk sangka dan melakukan pekara yang tidak baik. Hasni juga amat berharap semua orang akan melakukan pekara sama. Hasni banyak sangat kekurangan. Tapi hasni akan cuba untuk menjadi lebih baik setiap hari. Hasni harap setiap hari akan ada pekara baik yang hasni akan lakukan.

Hanya sebuah gambar 


Hasni tahu seberat-berat dugaan yang Allah berikan kepada kita, Allah sayangkan kita. Hasni kadang-kadang tak kuat untuk melalui semua ini seorang diri. Hasni kadang-kadang mengalirkan air mata. Tak tertahan rasanya untuk melalui pekara sama dari dulu sehingga sekarang. Hasni bermohon agar sesiapa sahaja yang membaca ini memaafkan diri hasni. Hasni tidak tuju kepada sesiapa. Tapi hasni hanya ingin berkongsi.

Air mata ini hanya teman hasni setiap hari. Mungkin silap hasni di mana-mana. Mungkin kelebihan yang membuatkan orang lain tidak suka kepada kita. Tapi sikit pun hasni tidak pernah riak. Malah hasni cuba memberi dan menerima kepada sesiapa yang sudi. Hasni tidak cerdik atau cantik seperti Siti Nurhaliza. Tapi entah lah. Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa semua ini boleh berlaku. ♥  

 ♥ dp.

No comments:

Post a Comment