Nuffnang

April 21, 2013

PA Perdana di FSKTM UTHM ♥

Assalamualaikum
Hari ahad ini apakah rancangan kawan-kawan semua? dating? lepak?menonton wayang?tidur? Apapun yang korang buat jom singgah baca kejap post hasni yang terbaru ini .  Semalam ada Hari PA Perdana di FSKTM UTHM. Seronok sangat. Aktiviti dimulakan dengan ketibaan pelajar-pelajar dan staf- staf FSKTM. Setelah itu perasmian kelab IT. Habis sudah tibalah hari paling di nantikan iaitu makan time. Kami bersama-sama PA berada didalam bilik tutorial untuk memulakan kelas bersama PA. PA kami siap masak untuk anak-anak buahnya. Soo sweeet kan :) Hanya Puan Noraini sahaja oke. . ramai yang cemburu dengan kami. SOORY GUYSS!

Puan Noraini memberi ucapan dan menerangkan tentang pengiraan CPA dan GPA sem lepas. Puan juga memberi kata-kata dorongan dan kata-kata semangat kepada kami. Hasni tunduk kerana tersentuh hati mendengarnya. Kadang-kadang terasa terkena diri sendiri. Rasa mahu mengalir air mata ini tapi hasni tahankan daripada ia mengalir keluar. Tiba-tiba teringat ibu dan ayah di rumah. Seolah-olah yang sedang bercakap di depan itu adalah ibu dan ayah hasni. Puan seperti ibuku di UTHM. dia lah tempat kami meluahkan perasaan andai ada masalah sepanjang kami berada di sini. terima kasih Puan kerana menjadi ibu kami di UTHM ini. Jasamu tidak dapat ku balas dengan harta mahupun wang ringgit. Setiap orang akan di panggil dan Puan akan memberikan sedikit keterangan dan motivasi untuk diri sendiri. Tetiba kami kena tukar bilik kerana bilik tutorial itu tak ada aircond. Kami menunggu nama masing-masing di panggil. Hanya Kumpulan PA kami sahaja yang tidak mengikuti Code Hunt. Kami menghabiskan masa bersama PA sepanjang program berlangsung.

Setelah selesai kami keluar dari bilik tutorial. Pukul12.25 selesai semua. Code Hunt juga hampir selesai. Seronok pulak tengok dorang berlari ke sana ke mari untuk mencari klu soalan-soalan yang diberikan. Ada yang gembira kerana habis awal dalam game Code Hunt itu dan ada juga disebaliknya. Sedang kami menunggu untuk makan tengah hari, kami duduk di depan fakulti FSKTM. Apabila pelajar lain sedang mengambil makanan tengah hari, kami pun beratur juga untuk mengambil makan tengah hari. Perut tak lapar pun. Sejak hasni dah biasa dengan braces ini, hasni punya mood makan dah ok balik. Tapi diet tetap berjalan seperti biasa. Makan nasi seminggu sekali sahaja. Jogging seminggu sekali sekurang-kurangnya. Itu pekara wajib hasni lakukan. Sekarang dah turun 5KG.

Balik kepada cerita tadi, hasni n the geng pun jalan kedek-kedek nak balik bilik. Tetiba nak tahu apa jadi? Pensyarah bagi announcement guna mikrofon mintak kami patah balik ke fakulti kerana program belum habis lagi. Mula-mula kami mengendahkannya. Mungkin announcement itu untuk orang lain. Kali ke 2 announcement itu sedikit keras. Kami mula berpandangan. Macam mana ini? Ada yang berjalan laju-laju dan kelibat dorang pun tak nampak dah. Siap announcement berkata Tolong hormati majlis ini dan jangan bersikap kurang sopan dengan meninggalkan program ini setelah amik makanan. Perghh ayat menikam jiwa. Ramai yang patah balik ke majlis itu. Tapi tidak kami ber 3. Kami menyorok di belakang kereta. Gengstar la rasa waktu itu. Kami berfikir "kalau kami patah balik pasti kami akan dipandang oleh semua orang dan mendapat malu yang teramat sangat!" kami menyorok dibelakang kereta myvi dalam keadaan cuaca pada mulanya panas kemudian mendung" Seolah-olah Allah sedang membantu kami. Padahal kami tengah buat pekara jahat. Kami menoleh kiri kanan takut-takut ada orang datang kepada kami untuk menangkap kami. Kami mendengar tapak kaki orang. Kami b3 saling berpandangan. Nak lari takut di ketahuan. Tetiba kami nampak dua orang perempuan. Terkejut kami kerana mereka adalah pelajar tahun akhir. Mereka tanya kepada kami. .Korang menyorok ker? Korang masuk je dalam kereta, hidupkan enjin dan jalan je. Hhahahha kami ketawa je. Dorang siap bagi cadangan lagi. Mungkin dorang ingat kereta myvi itu kereta salah seorang dari kami. Setelah itu kelibat mereka hilang. Kami masih menyorok dibelakang kereta myvi itu. Kami siap bergambar dan post kan kat facebook. Nakalnya kami waktu itu. 15 Minit setelah itu, program selesai. Kami melihat ramai yang keluar dari fakulti. Kami bangun dan berjalan seperti biasa seolah-olah tidak buat salah. Kelibat kami makin jauh dari fakulti. Kami gelak sakan kerana kami berjaya untuk hari ini. Geng kami yang lain tidak tahu kemana. Ok atau tidak kami pun tidak tahu. Memang kerja gila kami buat hari ini. Maafkan kami ye Puan. Kami nakal-nakal je.


Napa la hasni gelak agaknya itu eyh? :)

Mereka suka bergambar

Puan memberikan pesanan dan kata-kata semangat.

Sempat lagi bergosip-gosip . . :)

Muka khusyuk ini. HEHEH

Ibu Kami di UTHM . . Professor Madya Puan Noraini

Mereka menunggu giliran masing-masing untuk di panggil oleh Puan

Sapa la yang curi-curi ambil gambar ini. Dupdap rasa. Tengah berfikir apa la agaknya Puan nak cakap ngan hasni ini

Ya allah muka comel la itu. HAHAHAHH

Tengok itu. Suka mengacau orang. Sempat lagi nak posing  :)

Mereka anak-anak buah PA Puan Noraini

Muke Gangstar dalam lembut. Menyorok di belakang kereta Myvi. Kami b3 yang selamat.
Muka suka kacau orang


 ♥ dp.

2 comments:

  1. Pn belum dapat title prof lagi la.. madya pun jauh lg..apa2 pun doakan yang terbaik buat PA kita :)

    ReplyDelete