Nuffnang

January 12, 2013

Last paper ♥

Assalamualaikum 


Indahnya rasa hati ini. .yeahh2 final exam sudah pun berakhir. .tepat pukul 5.30 petang semalam paper terakhir iaitu paper diskrit. .muke keluar dengan hati yang sangat lega . .lega sebab paper diskrit tak susah seperti paper algebra dan paper yang lain. .kami semua takut sebab paper ini dr sazali yang buat. dr sazali selalunya akan buat soalan yang sangat susah. .sebelum masuk dewan, hati kami sangat gundah gelana. .pertama sebab kami takut dengan soalan-soalan yang bakal kami jawab nanti. kedua sebab kami takut kami tak boleh nak buat. .kami sangat takut. tak terkata nak kata. . perasaaan itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Dengar sahaja arahan untuk masuk ke dewan, kami mencari tempat duduk masing-masing. .jantung ini bagai nak berhenti secara tiba-tiba. . Hasni memulakan langkah dengan bismillah. .apabila selesai menulis nama dan no matrik, dengan perlahan-lahan hasni membuka kertas soalan diskrit itu. .Tepat pukul 3petang kami memulakan peperangan diskrit . .hahhaha. . alhamdulillah hati sangat berbunga-bunga kerana soalan itu kami semua boleh buat. .hasni sempat memandang kekiri kekanan kedepan kebelakang . . hasni melihat muka mereka sangat tenang apabila melihat soalan itu.  hasni merasakan mereka juga rasa seperti hasni. .

Tidak sedar setelah 2jam berlalu, hasni melihat sorang demi sorang keluar dewan. hasni tahu mereka boleh jawab soalan diskrit itu. . hasni rasa cukup tenang ketika itu . ada setengah jam lagi tinggal. .hasni masih ada soalan yang belum disiapkan. .lagipun hasni akan keluar tepat pukul 5.30 petang.  hasni tak nak terburu-buru keluar dewan awal. .lagipun hasni memang tak pernah keluar dewan awal..cuma ada satu paper je ari tu.  paper titas. .sebab soalan objektif. .dah tak tahu nak betulkan kat mana. . jadi hasni pun keluar awal. .tu pun hasni antara 20 orang terakhir. .hahahah lawak tak ?alaa biarlah apa orang lain nak cakap. .buat apa nak terburu-buru keluar awal. .exam sekali sekala kan. .jadi hargailah ia. .

cuti sem sudah pun bermula. .wahhhh seronoknya rasa. .boleh bercuti dan lepak-lepak dirumah sambil kroh-kroh . .kroh la banyak-banyak. .qada' banyak-banyak. .hehehhe . .mesti mak hasni bising nanti. .yelah anak dara apa la ni kan. .balik rumah je asyik kroh-kroh. . itu lah masa yang banyak hasni habiskan dari buat kerja lain. .tapi hasni tak pernah lupa buat kerja rumah. .hasni akan mengemas rumah, membasuh pinggan, basuh baju, memasak . .itu kan dah menjadi kewajipan seorang anak. .lagipun hasni ni sahaja anak perempuan tunggal. .tak sanggup hasni nak tengok mak hasni buat kerja rumah sorang-sorang. .malas itu mestilah ada. .kadang-kadang itu kalau nak buat kerja itu tertangguh-tangguh. . hahhah yelah perangai M la katakan . . .nasib baik mak hasni dah faham dengan perangai anak perempuan dia ini. .memang macam-macam karenah. . kalu kahwin nanti tak boleh dah nak malas-malas. .nanti takut suami lari plak kan. .heheh tak nak la hasni. . jadi kalau nak malas-malas, malas-malas la sebelum kahwin . .mak kita tak kan lari. .cuma teruk kena bebel jela. .hahaha tebal kan jela telinga ini. .tapi mak kita bebel itu pun tandanya dia sayang kita. .  luv u mak


♥ dp...
 




No comments:

Post a Comment