Nuffnang

July 15, 2012

Cinta itu hadir secara tiba-tiba. Kita tidak tahu bila "dia" akan datang dan pergi. Setiap insan akan merasai perasaan yang lahir dari dalam lubuk hati itu. Kejujuran dan tolak ansur adalah ubat segala masalah didalam melalui perasaan ini. Perasaan ini menjadikan diri seorang yang sangat beruntung. Dengan umur aku sekarang, hanya terfikir ingin mencari seorang yang sangat bererti didalam hidup ini untuk mengisi kekosongan hati ini. Ingin hidup bahagia dan kekal sehingga akhir hayat ku.
Cinta yang hadir akan ku semai ia menjadi sebuah novel cinta yang terindah didalam hidup ini. Walaupun kita tidak tahu penamat kisah cinta novel itu, akan ku buat menjadi sebuah novel yang boleh aku baca menjadi peneman setia didalam hati ini.

Cinta itu Kejujuran kerana Cinta tidak pernah memaksa.
Cinta itu murni kerana Cinta memerlukan ketulusan hati.
Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan.
Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan.
Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan.
Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif.
Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu.
Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan.
Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan.

Cinta milik Allah subhana w taala,
Allah memberikan cinta kepada hamba Nya untuk diberikan pula kepada hamba Nya yg lain,Mintalah hanya drpd Allah..bukan nya merayu pada hamba untuk meminta cinta dari nya..lurus kah??hihi

Indahnya ciptaan Allah yang satu ini kan?? Jadi hargailah ia. Jangan biarkan ia pergi kerana kita tidak tahu bila ia akan kembali .

3janji
Sudikah wak menjadi sahabat saya sebaik-baik sahabat saya
Sudikah wak menjadi kekasih saya sebaik-baik kekasih saya
Sudikah wak menjadi suami/isteri saya sebaik-baik suami/isteri saya

Jika 3janji ini sudah lengkap peganglah ia. Jangan lepaskan ia. Kerana 3janji ini adalah janji untuk kita hidup bersama dengan pasangan kita

~♥~...Ustaz Azhar Idrus kata,
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...

~♥~...Ustaz Mohd Kazim Elias kata,
 Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah kebaikan...

~♥~...IMAM MUDA Asyraf kata,
Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita... mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t...

~♥~...Ustaz Zamri kata,
Anda telah bersedia untuk bercouple jika niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara...

p/s : Kehadirannya satu kurniaan Allah.

 



sweeeetttt

No comments:

Post a Comment