Nuffnang

June 23, 2012

G.e.m.u.k.?? x.N.A.K.K.K.K.!!

Tye la semua perempuan pasti mereka mahupun badan yang kurus dan tak mahu gemuk!kebanyakan perempuan takut gemuk, yelah mana tak nya kang xmuat nak pakai baju yang cantik2. hehehh betul x?takut xlaku la. n bla2. .heeehhe. lagipon kebanyakan orang yang berbadan besar atau gemuk ini selalunya mereka kurang keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai. hah xpe jangan risau, aku akan tolong korang untuk kuruskan badan dengan cara sihat. dan jangan sesekali menggunakan jalan pintas oke!maksud aku ialah jangan memakan ubat kurus kerana ia tidak baik untuk kesihatan. kesannya adalah untuk sementara sahaja tapi kesan yang berpanjangan banyak kepada keburukan. aku cakap berdasarkan kepada fakta kerana kawan aku adalah salah seorang yang memakan pil kurus dan sekarang mengalami komplikasi akibat daripada memakan ubat kurus itu. semua yang kita ingin lakukan mestilah dengan usaha dan kesabaran. dan jangan sesekali mengalah oke.:) ni adalah tips-tips yang aku boleh share dengan korang 


1. Gaya Hidup yang sihat.

Ada kajian yang mengatakan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama 2jam sehari secara berterusan boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan
Amalkan bersenam paling kurang 3kali dalam seminggu. Tak kisahlah senaman apa pun, asalkan korang keluar peluh dan amalkan minum air kosong 8gelas sehari




.
2. Cukup tidur.

Tidur adalah pekara yang sangat penting.Tidur yang paling ideal ialah 6-8jam. Korang kena jaga masa tidur korang secara teratur supaya tidak mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa korang tidur akan mengawal kadar selera makan dan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh korang.
Jadi korang kena pandai tetapkan masa waktu untuk tidur supaya korang tidak mengalami kurang tidur. 




3. Genetik dan faktor keluarga.


Masalah ini banyak berlaku apabila mak dan ayah berbadan besar, anak2 nya turut mengikut berbadan besar. Tapi jangan jadikan itu sebagai alasan sebab pekara yang mustahil itu kadang-kadang boleh terjadi.
Contohnya kurangkan makan nasi dan gantikan ia dengan roti. Amalkan senaman yang kerap dan kurangkan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi. Kurangkan makanan ringan seperti keropok,gula-gula dan coklat.
Kajian mendapati genetik mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh kita. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh dan ia bergantung kepada faktor keluarga dan genetik.




4. Ubat-ubatan.

Ubat yang korang gunakan juga boleh mempengaruhi risiko pertambahan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
Sekiranya ingin memakan sebarang ubat/pil kurus adalah dinasihatkan supaya meminta nasihat dari doktor yang bertauliah




5. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat korang berada pada BMI atau berat normal yang ideal, korang perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh korang berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang korang perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti seharian korang
Justeru, pastikan bahawa korang sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh korang dan banyakkan aktiviti riadah yang sihat.



No comments:

Post a Comment